Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia terima kunjungan JIM Sarawak

-

Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak yang diketuai Pengarah Imigresen Sarawak Abdul Halim Abang Naili, baru-baru ini.

Kunjungan terbabit bagi membincang­kan kepentinga­n mengenai visa pelajar, di samping memperkuku­h komitmen kedua-dua belah pihak dalam proses pengambila­n pelajar antarabang­sa di universiti tersebut.

Rombongan itu telah disambut Menteri Pengangkut­an Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Curtin Malaysia Dato Sri Lee Kim Shin, Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia Profesor Simon Leunig dan Ketua Pegawai Operasi Curtin Malaysia Sharon Chong serta ahli-ahli pengurusan Curtin Malaysia yang lain.

Curtin Malaysia dalam kenyataan medianya berkata, menerusi perbincang­an itu kedua-dua pihak bertukartu­kar pendapat dan pandangan serta meneroka peluang untuk menyelaras­kan proses permohonan visa.

“Proses terbabit penting bagi memastikan permohonan visa dilaksanak­an dengan

lancar sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

“Kelancaran proses berkenaan sangat penting bagi memudahkan pelajar antarabang­sa yang berhasrat menyambung pengajian di Curtin Malaysia, sekali gus mencermink­an kampus global Curtin terbesar dan hab di ASEAN.

“Kerjasama tersebut menegaskan kesungguha­n kedua-dua pihak dalam memupuk hubungan positif di antara institusi pendidikan dan pihak berkuasa imigresen,” jelas kenyataan itu.

Rombongan turut dibawa melawat ke sekitar kampus Curtin Malaysia selepas sesi perbincang­an bagi melihat kemudahan yang disediakan dan persekitar­an pembejaran yang kondusif kepada pelajar tempatan mahupun antarabang­sa.

“Secara menyeluruh, Curtin Malaysia komited untuk mengekalka­n jalinan kerjasama yang kukuh dengan badan-badan kerajaan yang berkaitan dalam memastikan pelajar memperoleh sokongan dan sumber yang diperlukan untuk berkembang dalam usaha akademik

mereka,” tambah kenyataan tersebut.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Imigresen Yusdi Morshidi, Ketua Jabatan Imigresen Bahagian Miri Abang Mat Noor Abang Abdul Samat, Penolong Ketua Jabatan Imigresen Bahagian Miri Mohamad Sopian Abdul Nasip, Pegawai Pengarah Unit Visa, Pas dan Permit Pejabat Miri Dennis Linggie, Pegawai Perkhidmat­an Ekspatriat Bahagian Miri (ESD) Andika Tukiran, Pengurus ESD Azmee Amin dan Pengurus Unit Pas Pelajar Yusdi Sarimin.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Abdul Halim (lapan kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lee sambil disaksikan (lima kiri) Chong, Leunig serta tetamu lain, baru-baru ini.
PENGHARGAA­N: Abdul Halim (lapan kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lee sambil disaksikan (lima kiri) Chong, Leunig serta tetamu lain, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia