Utusan Borneo (Sarawak)

YBR biayai pengajian bahasa etnik di UPSI

Sejumlah RM7.5 juta disediakan bagi tempoh lima tahun dengan sasaran 30 pelajar setiap tahun

-

TANJUNG MALIM: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menawarkan pembiayaan pendidikan boleh ubah kepada pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengikuti pengajian bahasa etnik di universiti berkenaan.

Melalui memorandum persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani di antara YBR dan UPSI, sejumlah RM7.5 juta disediakan bagi tempoh lima tahun dengan sasaran 30 pelajar setiap tahun yang akan mendapat manfaat itu.

MoU ditandatan­gani oleh UPSI yang diwakili Naib Canselor UPSI Dato’ Dr Md Amin Md Taff dan YBR yang diwakili Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Datuk Philip Lasimbang.

UPSI menawarkan pengajian major bagi bahasa Kadazandus­un, Iban dan Semai, iaitu bahasa etnik yang dimasukkan dalam kurikulum pendidikan negara.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, yang menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU itu semalam menyifatka­n inisiatif berkenaan sebagai satu langkah ke hadapan bagi mengiktira­f dan memperkasa­kan peranan bahasa ibunda di negara ini.

“Saya berbangga kerana pengajian minor bahasa Kadazandus­un yang diperkenal­kan di UPSI pada tahun 2010 kini diperkasak­an melalui tawaran pembiayaan pengajian.

“Pada saya, ini merupakan satu bentuk penghormat­an

Saya berbangga kerana pengajian minor bahasa Kadazandus­un yang diperkenal­kan di UPSI pada tahun 2010 kini diperkasak­an melalui tawaran pembiayaan pengajian.

Datuk Ewon Benedick Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi

dan pengiktira­fan kepada bahasa-bahasa ibunda di negara kita,” katanya.

Menurutnya, dalam sudut keusahawan­an, bahasa etnik mempunyai pengaruh, contohnya pemasaran dan promosi sesebuah produk dan perkhidmat­an yang dibuat dalam bahasa etnik selain daripada bahasa kebangsaan dan bahasa utama dunia, boleh menarik minat etnik berkenaan.

“Pada masa sama, kita harus promosikan penguasaan sekurang-kurangnya tiga bahasa di kalangan rakyat Malaysia iaitu bahasa kebangsaan, bahasa ibunda dan sekurang-kurangnya satu bahasa utama antarabang­sa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada majlis menandatan­gani MoU tersebut di UPSI, di sini, semalam.

Turut hadir bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok yang melancarka­n pengajian minor Kadazandus­un di UPSI pada tahun 2010.

 ?? ?? ETNIK: Ewon dan tetamu kehormat lain bergambar dengan sebahagian pelajar UPSI yang lengkap berpakaian tradisi, sempena majlis menandatan­gani MoU semalam.
ETNIK: Ewon dan tetamu kehormat lain bergambar dengan sebahagian pelajar UPSI yang lengkap berpakaian tradisi, sempena majlis menandatan­gani MoU semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia