Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan 2024 titik awal terbaik untuk Sarawak terus maju, makmur

-

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyifatka­n permulaan tahun 2024 menjadi titik awal terbaik untuk Sarawak terus maju dan makmur.

Katanya, tahun ini menyaksika­n Malaysia mencatat sejarah penting dengan pelantikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun mulai 31 Januari lalu.

Jelas beliau, awal 2024 juga menyaksika­n pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak kelapan.

Kata beliau, ini merupakan satu titik permulaan yang baik untuk Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak yang mahu menjadikan ekonomi sentiasa stabil dan pendapatan bertambah.

“Tahun 2024 bagi Malaysia ada sejarah penting iaitu pertabalan Yang diPertuan Agong ke-17 yang baharu, begitu juga dengan Sarawak pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu dan ini merupakan satu titik permulaan yang baik dan mudah-mudahan Kerajaan Malaysia Madani akan terus dapat mentadbir negara Malaysia.

“Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak akan dapat terus menjayakan segala program disusun atur jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang iaitu untuk menyediaka­n kesemua keperluan yang diperlukan rakyat,” katanya kepada media, semalam dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

ADUN Bukit Kota itu berkata, keperluan rakyat itu termasuk infrastruk­tur asas sehinggala­h program-program lain termasuk kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

“Saya berdoa dan berharap dan yakin bahawa Sarawak akan dapat mencapai impian untuk menjadi negeri dan wilayah maju berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2030.

“Selamat Tahun Baharu Cina,” katanya.

Beliau berharap tahun baharu 2024 yang juga merupakan tahun naga

yang melambangk­an kekuatan dan kemakmuran bagi masyarakat Cina akan menjadikan Sarawak dan Malaysia bertambah maju dan makmur.

 ?? ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia