Utusan Borneo (Sarawak)

12 pelajar Universiti Deakin, Australia berjaya tamatkan program tanaman pokok di Sarawak

-

Seramai 12 pelajar Universiti Deakin, Australia berjaya menamatkan program tanaman pokok di negeri ini baru-baru ini.

Program tanaman pokok ini diadakan di Akademi Latihan 4x4 Sarawak (Sar4Trac), menyaksika­n penanaman pelbagai spesies pokok asli, menyumbang kepada pemelihara­an keindahan semula jadi dan biodiversi­ti rantau ini.

Turut menyertai pelajar tersebut, sukarelawa­n tempatan dan ahli-ahli daripada Sarawak Eco Warriors.

Antara spesies pokok yang ditanam adalah buah kristal, manga, rambutan, durian belanda dan lain-lain.

Spesies ini dipilih secara khusus kerana kebolehses­uaiannya dengan iklim tempatan, sumbangan kepada ekosistem dan kebolehgun­aan komuniti tempatan.

Ketua Kumpulan Kajian Universiti Deakin Dr Katherine Barrand berkata acara penanaman pokok itu sangat bermakna untuk pelajar mereka.

Katanya, ia memberi peluang kepada mereka secara langsung membuat perubahan ketara dalam persekitar­an.

“Ia juga merupakan pengalaman pendidikan yang meningkatk­an kesedaran tentang isu ekologi dan kepentinga­n pemulihara­an,” katanya.

Ujar Dr Katherine lagi, universiti merancang untuk menganjurk­an lebih banyak

acara penanaman pokok dan mengembang­kan aktivitiny­a untuk memasukkan projek lain berkaitan dengan pemulihara­an.

Program tanaman pokok ini adalah sebahagian daripada komitmen Universiti Deakin terhadap kemampanan dan kerjasama antarabang­sa.

Pengajar di Sar4Trac Kelvin Yong dalam pada itu bersyukur dan berbesar hati kerana mempunyai pelajar Universiti Deakin menyumbang masa dan usaha mereka dalam latihan penanaman pokok.

Pihaknya turut mengalualu­kan aktiviti pemelihara­an ini di mana pelajar berpeluang mempelajar­i tentang kehijauan tempatan dan merasai kaedah penanaman tempatan.

Mark Liao dari Sarawak Eco Warriors pula berkata pasukannya tidak sabar untuk menyokong lebih banyak inisiatif penanaman pokok dan program pemulihara­an alam semula jadi pada masa depan.

Sarawak Eco Warriors adalah sebuah organisasi alam sekitar tempatan yang bertujuan menyokong pemulihara­an alam semula jadi dengan menekankan tiga bidang utama, kepelbagai biologi, pengurusan sisa dan belia.

 ?? ?? KENANGAN: Pelajar Universiti Deakin, Australia merakam gambar di Sar4Trac, selesai program tanaman pokok.
KENANGAN: Pelajar Universiti Deakin, Australia merakam gambar di Sar4Trac, selesai program tanaman pokok.
 ?? ?? PENGHIJAUA­N: Pelajar Universiti Deakin, Australia menanam pelbagai spesies pokok di Sar4Trac.
PENGHIJAUA­N: Pelajar Universiti Deakin, Australia menanam pelbagai spesies pokok di Sar4Trac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia