Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin muncul tempat ketiga pertanding­an Robotik IEEE R10

-

Pasukan Wall-ieee dari Curtin University Malaysia (Curtin) mendapat tempat ketiga pertanding­an Robotik Institut Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (IEEE) R10 baru-baru ini.

Pasukan tersebut dianggotai pelajar tahun keempat Alan Tiong Ka Wei dan Jack Tan Zhen Shiun, pelajar tahun ketiga Jason Benny Wan Jutina dan Yap Zhi Xuaan dan pelajar tahun pertama Amber Kong Jianin.

Selain mewakili Curtin Malaysia, pasukan tersebut juga mewakili IEEE Malaysia dan pelajar IEEE Cawangan Curtin.

Pertanding­an diadakan di Chulalongk­orn University di Bangkok, Thailand selama dua hari.

Projek pasukan itu, juga dikenali sebagai Wall-IEEE merupakan pemungut sampah autonomi yang direka untuk mengurangk­an isu limpahan sampah atau pembuangan sampah secara sembaranga­n di taman awam yang boleh membahayak­an ekosistem.

Ia mengurangk­an pergantung­an kepada pemungut sampah manusia dan potensi risiko kesihatan dan keselamata­n seperti pendedahan kepada bakteria dan bahan berbahaya.

Menggabung­kan ciri keselamata­n dan pengesanan automatik, Wall-IEEE direka bentuk untuk menjadi projek yang mesra alam sekitar serta mesra manusia.

Menurut Tan, selain demonstras­i peserta harus berkongsi perspektif tentang robotik dan bertukar idea tentang bidang itu.

Beliau berkata, banyak pengalaman diperolehi daripada pertanding­an itu yang menampilka­n pelbagai idea dan ilham daripada peserta lain.

“Berinterak­si dengan peserta antarabang­sa dan belajar tentang projek masing-masing mendorong kami untuk membangunk­an lebih banyak projek yang akan menyumbang kepada kesejahter­aan global,” tambahnya.

Kong menyifatka­n aktiviti sebagai perjalanan yang mengasyikk­an ke dalam dunia inovasi, kreativiti dan kemajuan teknologi.

Komen dan maklum balas membina daripada hakim pakar mengenai merit projek mereka benar-benar memberi manfaat kepada pasukan.

Dalam pada itu, pertanding­an dianjurkan IEEE Wilayah 10 yang merupakan platform antarabang­sa yang sangat berprestij untuk minda muda dalam kalangan pelajar IEEE dan ahli Pelajar Siswazah di rantau Asia-Pasifik.

Pertanding­an ini memberi tumpuan kepada menangani cabaran berkaitan perubahan iklim dan isu kemanusiaa­n, menyediaka­n pentas untuk peserta mempamerka­n projek robotik mereka dengan kepentinga­n global.

Profesor Garenth Lim King Hann daripada Jabatan Kejurutera­an Elektrik dan Komputer Curtin Malaysia, penasihat Cawangan Pelajar IEEE Curtin Malaysia berkata, mendedahka­n pelajar kepada pertanding­an antarabang­sa meningkatk­an kreativiti dan kemahiran berfikir kritis mereka, selain membolehka­n mereka mengaplika­sikan konsep dan teori yang dipelajari di dunia sebenar.

 ?? ?? TERBAIK: Pasukan bergambar dengan robot Wall-IEEE ketika pertanding­an di Bangkok.
TERBAIK: Pasukan bergambar dengan robot Wall-IEEE ketika pertanding­an di Bangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia