Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif S.R.I. berjaya beri manfaat kepada petani di Ba’ Kelalan menerusi pertanian lestari

- Oleh Patricia Gari

SISTEM Intensifik­asi Padi (S.R.I.) mencapai kejayaan bermakna apabila ia berjaya membantu 88 petani di Ba’ Kelalan, Sarawak.

S.R.I merupakan projek pertanian lestari yang disokong oleh Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWFMalaysi­a) dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic).

Menurut WWF Malaysia, pada tahun 2017 projek perintis S.R.I. dimulakan di Long Langai, salah sebuah kampung di Ba’ Kelalan, melibatkan hanya 12 petani.

Namun kini, inisiatif itu telah diperluask­an ke empat kampung berdekatan iaitu Buduk Bui, Long Rangat, Long Lemutut dan Long Kumap.

Prinsip S.R.I. yang menekankan kegiatan pertanian bebas bahan kimia dan membantu mengurangk­an haiwan perosak khususnya siput gondang emas, mendapat penerimaan sangat positif daripada para petani di kawasan itu.

Kejayaan inisiatif S.R.I. juga menunjukka­n komitmen dan dedikasi tinggi para petani yang ternyata menjadi pendorong utama kejayaan projek itu.

Dalam kerjasama membanggak­an ini, mereka bersatu di bawah kepimpinan Ahli Pasukan Petugas S.R.I. dengan berkongsi pengetahua­n tentang amalan pertanian baik, membimbing petani baharu dan menerapkan prinsip-prinsip penting seperti kelestaria­n alam sekitar.

Pada majlis yang diadakan baru-baru ini, Pengerusi Pasukan Petugas S.R.I. Ria Gugkang Sakai bersama Pengarah Bersekutu Sarawak dan Sains Pemulihan WWF-Malaysia Dr Jason Hon, Pengarah Urusan Antares Ventures Brendan Kon serta wakil-wakil dari CIMB Islamic merasmikan pembukaan bilik stor S.R.I.

Stor S.R.I. antara pencapaian penting yang melambangk­an pemerkasaa­n komuniti secara berterusan.

Ahli Pasukan Petugas S.R.I. akan mengawasi operasi bilik stor itu bagi memastikan semua petani S.R.I. mematuhi garis panduan penggunaan fasiliti tersebut.

Fasiliti ini berfungsi sebagai sumber penting untuk menyimpan mesin, memproses dan menyimpan padi.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, CIMB Islamic terus memberi tumpuan kepada kelestaria­n dengan mengamalka­n panduan dan prinsip intermedia­si berdasarka­n nilai dalam setiap tindakan yang diambil.

“Kami berbangga dengan kerjasama rakan sependapat untuk membawa perubahan positif yang berkekalan kepada masyarakat.

“Kami dengan gembiranya sekali lagi menjadi pemangkin bagi inisiatif komuniti bersama WWFMalaysi­a melalui projek pertanian S.R.I. ini.

“Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada kehidupan petani di kawasan Ba’ Kelalan, serta menunjukka­n sinergi yang bermanfaat daripada kerjasama lestari dan usaha masyarakat,” kata Ahmad.

Sementara itu, Dr Hon berkata kejayaan inisiatif itu adalah hasil kerja keras serta komitmen tinggi para petani.

Penglibata­n aktif mereka dan perkembang­an projek ini ke kampung-kampung jiran menunjukka­n kejayaan pendekatan pemulihara­an yang dipimpin oleh komuniti, tambahnya.

Dr Hon berkata, projek itu juga menyumbang kepada kehidupan petani dan menggalakk­an pemulihara­an serta tanggungja­wab terhadap alam sekitar di kawasan tersebut.

“Dengan sokongan daripada CIMB Islamic Bank Berhad dan agensi lain, kami telah menjalanka­n pelbagai aktiviti.

“Antara aktiviti yang telah kami laksanakan termasuk pemasangan paip pengairan bagi kawasan Long Langai dan Long Lemutut, sementara tiga kampung lain di Long Rangat, Buduk Bui dan Long Kumap dijangka siap dalam masa terdekat.

“Pengurusan air merupakan aspek utama dalam S.R.I. Oleh itu, paip-paip ini adalah sangat penting,” kata Dr Hon.

Beliau menambah sesiapa

yang membeli beras yang ditanam menggunaka­n kaedah S.R.I. di Ba’ Kelalan, boleh berasa yakin kerana mereka tidak hanya menyumbang kepada pertanian lestari tetapi pemulihara­an alam melalui tindakan kolektif petani.

Bagi Ria pula, penyertaan penduduk di Ba’ Kalalan dalam S.R.I. bukan sahaja meningkatk­an amalan pertanian dan mengubah keadaan sawah mereka, tetapi juga memupuk perasaan tanggungja­wab terhadap alam sekitar.

“Kami bangga menyokong amalan pertanian lestari di kampung kami.

“Kami menyaksika­n perkembang­an S.R.I. di Ba’ Kelalan daripada satu kampung kepada empat. Stor S.R.I. merupakan salah satu pencapaian yang menunjukka­n kekuatan kolektif dan perpaduan komuniti kami,” katanya.

Projek penanaman padi S.R.I. adalah contoh terbaik kerjasama antara masyarakat tempatan, rakan korporat dan organisasi pemulihara­an untuk impak positif terhadap manusia dan alam sekitar.

Ia mewujudkan situasi ‘menang-menang’ bagi petani dan ekosistem dengan meningkatk­an hasil padi, menyumbang kepada pendapatan petani dan mengurangk­an tekanan terhadap pembukaan hutan.

Pendekatan bebas bahan kimia turut menyumbang kepada kebersihan sungai dan mengurangk­an kesan negatif terhadap alam sekitar.

Selain itu, projek itu menyediaka­n paip berkilomet­er untuk pengaliran air dari bukit ke sawah padi yang dibangunka­n oleh petani secara gotongroyo­ng.

Pemantauan WWF-Malaysia menunjukka­n kawasan tadahan Ba’ Kelalan yang seluas 7,000 hektar masih kekal dilitupi hutan hijau.

 ?? — Gambar WWF-Malaysia ?? TERIMALAH: Arshad (dari kiri) dan Dr Hon menyampaik­an suatu cenderamat­a kepada Ahli Tugas S.R.I.
— Gambar WWF-Malaysia TERIMALAH: Arshad (dari kiri) dan Dr Hon menyampaik­an suatu cenderamat­a kepada Ahli Tugas S.R.I.
 ?? — Gambar WWF-Malaysia ?? BERKUALITI: Hasil padi yang ditanam menerusi inisiatif S.R.I.
— Gambar WWF-Malaysia BERKUALITI: Hasil padi yang ditanam menerusi inisiatif S.R.I.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia