Utusan Borneo (Sarawak)

Inter Miami akan bertemu dua kelab dari Mexico dalam Piala Liga

-

Kelab Inter Miami dan pemain bintangnya, Lionel Messi, akan bertemu dua kelab dari Mexico, Tigres dan Puebla dalam aksi Piala Liga musim ini, menurut pengumuman Liga Bola Sepak Utama (MLS) pada Rabu.

Inter Miami adalah juara bertahan kejohanan, yang mempertemu­kan 47 pasukan dari MLS dan Liga MX (Mexico).

Messi membantu Miami muncul juara di final yang berlangsun­g di Nashville tahun lepas untuk trofi pertama kelab sejak mendapatka­n bintang antarabang­sa Argentina itu.

Tarikh dan venue perlawanan akan diumumkan pada tarikh lain tetapi kejohanan akan bermula pad 26 Julai dan final akan berlangsun­g pada 25 Ogos.

Kejohanan sekali lagi hanya akan diadakan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, dengan kelab-kelab dari Mexico sentiasa bermain di luar negara mereka.

Bagaimanap­un, empat daripada pasukan Liga MX, termasuk Tigres, akan bermain perlawanan “tempat sendiri” mereka di sebuah “hub” di AS untuk mengurangk­an jumlah perjalanan mereka.

Pasukan dibahagika­n ke dalam 15 kumpulan yang terdiri dari tiga pasukan, dengan juara MLS, Columbus Crew dan juara

Liga MX, Club America, menerima laluan percuma ke pusingan seterusnya.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan 32 akhir.

Undian juga cuba mengurangk­an perjalanan pasukan dengan mengekalka­n pasukan dari pantai Timur dan Barat

dalam kelompok yang sama.

Antara perlawanan tumpuan, juara MLS 2022, Los Angeles FC akan bertemu Club Tijuana dan Vancouver Whitecaps dari Kanada di (Wilayah) Barat 7.

Bintang antarabang­sa Mexico, Javier Hernandez, dijangka akan bertemu

semula dengan bekas kelabnya, Los Angeles Galaxy, apabila mereka bertemu Chivas di Barat 2, yang juga memaparkan pasukan San Jose Earthquake­s.

Juara Liga Juara-Juara CONCACAF, Club Leon, akan bertemu Portland Timbers dan Colorado Rapids di

(wilayah) Timur, Pachuca akan bertemu New York Red Bulls dan Toronto FC.

Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi Apple TV dengan beberapa perlawanan juga disiarkan di rangkaian penyiaran di AS, Kanada dan Mexico.

 ?? — Gambar AFP ?? BARISAN MANTAP: Barisan kesebelasa­n utama Inter Miami yang diturunkan pada perlawanan persahabat­an menentang kelab Arab Saudi, al-Hilal SFC di Stadium Kingdom Arena di Riyadh pada 29 Januari lalu.
— Gambar AFP BARISAN MANTAP: Barisan kesebelasa­n utama Inter Miami yang diturunkan pada perlawanan persahabat­an menentang kelab Arab Saudi, al-Hilal SFC di Stadium Kingdom Arena di Riyadh pada 29 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia