Utusan Borneo (Sarawak)

Iran menang 5-3 ke atas Syria melalui penentuan penalti

Bakal bertemu dengan pasukan pilihan juara, Jepun pada perlawanan suku akhir Piala Asia 2023 pada Sabtu ini

-

DOHA: Iran menempah pertemuan menentang pasukan pilihan juara, Jepun, dalam perlawanan suku akhir Piala Asia selepas terselamat beraksi dengan 10 pemain dalam masa tambahan sebelum menewaskan Syria 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada Rabu.

Jepun menewaskan Bahrain 3-1 dalam perlawanan awal hari yang sama walaupun satu kesilapan daripada penjaga golnya, Zion Suzuki, ketika bintang sayap Kaoru Mitoma membuat penampilan pertama di sini selepas pulih dari kecederaan.

Kapten pasukan Iran, Ehsan Hajsafi menjaringk­an penalti kemenangan buat Iran, yang berada 70 anak tangga ranking di hadapan Syria dan kelihatan pasukan yang lebih selesa untuk hampir sepanjang permainan.

Namun Iran beraksi dalam 30 minit terakhir dengan 10 pemain apabila penyerangn­ya, Mehdi Taremi dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua ketika permainan terikat 1-1 sehingga 90 minit masa sebenar.

Penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand menjadi wira Iran apabila menepis penalti kedua Syria oleh Fahd Youssef.

Jurulatih Iran, Amir Ghalenoei berkata dia “tidak gembira dengan dua atau tiga” pemainnya, tanpa menyebut siapa.

“Kami boleh menjaringk­an lima gol sehingga minit ke70,” katanya.

Bersama-sama dengan pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan, Qatar,

Iran memulakan perlawanan sebagai satu-satu pasukan yang mempunyai rekod bersih kemenangan dalam kejohanan ini. Mereka memburu kejuaraan Piala Asia yang pertama sejak 1976.

Taremi menjadi pemain penting, memperoleh­i dan menyempurn­akan penalti dalam separuh masa pertama dan memastikan Iran membuka jaringan.

Syria tidak kelihatan menemui rentak namun berjaya mengikat kedudukan selepas satu jam permainan, juga dari

tendangan penalti sebelum Taremi dibuang padang pada minit kecederaan.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam masa tambahan, walaupun dengan Iran bermain kurang seorang pemain.

Dengan kemenangan itu, Iran akan bertemu dengan Jepun Sabtu ini.

Jurulatih Syria, Hector Cuper, memuji “pengorbana­n” pemainnya sambil menambah: “Saya tidak dapat meminta lebih banyak lagi daripada mereka.”

Cuper, 68, enggan menjelaska­n komitmen masa depannya di Syria dengan berkata: “Minggu hadapan kami akan duduk berbincang (dengan pegawai persatuan bola sepak Syria) dan kita akan lihat jika saya akan kekal atau mempunyai pilihan lain.”

Kapten Jepun, Wataru Endo, memberi amaran bahawa pesaing Jepun akan “mengeksplo­itasi” kelemahan mereka selepas bergelut mencari rentak sebelum menewaskan Bahrain.

Jepun kelihatan selesa di

hadapan selepas gol Ritsu Doan dan Takefusa Kubo dalam kedua-dua babak tetapi satu gol sendiri oleh penjaga golnya, Suzuki, membolehka­n Bahrain bangkit seketika.

Ayase Ueda bagaimanap­un mematahkan keyakinan Bahrain apabila menjaringk­an gol ketiga Jepun tetapi pemain tengah kelab Liverpool, Endo, memberi amaran bahawa lawan mereka di suku akhir nanti mungkin pastinya lebih berbeza dengan Bahrain dan mampu mengambil sepenuh

peluang.

“Dalam bola sepak, pasukan menganalis­a permainan anda dan cuba mencari ruang yang boleh dieksploit­asi,” katanya.

“Lawan sudah melihat permainan kami setakat ini dan ia bukan mudah untuk bertahan. Ia penting di mana kami tidak hilang fokus sepanjang 90 minit permainan.”

Mitoma masuk dari bangku simpanan dalam separuh masa kedua untuk perlawanan pertamanya sejak mengalami kecederaan pada 21 Disember tahun lepas.

Namun persoalan timbul sekali lagi buat skuad kendalian Hajime Moriyasu, yang masih belum mengelak pintu golnya dari di bolosi di sini.

Suzuki melakukan beberapa kesilapan dan dia sekali lagi menghadiah­kan gol kepada lawan dan kali ini untuk Bahrain.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu gagal melakukan satu tumbukan kemas dan bertembung dengan Ueda, menyebabka­n bola masuk ke pintu golnya sendiri.

Perlawanan suku akhir akan bermula pada hari ini apabila Tajikistan, pasukan ranking paling rendah yang masih bersaing, bertemu dengan Jordan.

Australia akan menentang Korea Selatan pada lewat hari yang sama sementara pasukan tuan rumah Qatar akan bertemu Uzbekistan pada Sabtu.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Asia 2023 di antara Iran dan Syria di Stadium Abdullah bin Khalifa di Doha.
— Gambar AFP AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Asia 2023 di antara Iran dan Syria di Stadium Abdullah bin Khalifa di Doha.
 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Pemain Iran meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Syria pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP GEMBIRA: Pemain Iran meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Syria pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia