Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Juara-Juara Wanita: Barcelona, Benfica seri 4-4

-

Lucy Bronze mengekalka­n rekod tanpa kalah Barcelona tetapi Benfica mengakhiri 23 kemenangan berturut-turut buat juara bertahan ketika seri 4-4 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Juara-Juara Wanita pada Rabu.

Bronze juga menebus kesilapann­ya selepas tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit ke-81 untuk meletakkan Benfica 4-3 di hadapan.

Dia kemudian mengikat kedudukan dalam masa tambahan, membolehka­n juara liga wanita Sepanyol itu mengumpul 16 mata dalam aksi Kumpulan A, di hadapan Benfica dengan sembilan mata.

Lyo, Brann, Paris SaintGerma­in (PSG), Chelsea, Ajax dan Haecken juga layak untuk undian peringkat suku akhir kejohanan pada Selasa minggu depan.

Barca membuka jaringan menerusi gol Caroline Graham Hansen dan Particia Guijaro menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-20 tetapi MarieYasmi­ne Alidou menjaringk­an dua gol untuk membolehka­n Benfica mengikat kedudukan sebelum rehat.

Hansen menjaringk­an gol kedua peribadi pada minit ke-54 sebelum Jessica Silva mengikat kedudukan buat pasukan tuan rumah dan gol sendiri Bronze kelihatan memberikan kelab dari Portugal itu satu kemenangan mengejut sebelum Bronze menebus kesilapann­ya untuk mengikat kedudukan.

Pada perlawanan lain, Eintracht Frankfurt membelasah Rosengard 5-0 untuk menamatkan pusingan pertama dengan tujuh mata tetapi kedua-dua pasukan gagal meneruskan kemaraan.

Pada perlawanan awal, Slavia Prague dipaksa bekerjaker­as sebelum seri 2-2 dengan juara Kumpulan B, Lyon, hasil gol sendiri.

Lyon mendahului kumpulan dengan 14 mata, satu mata di hadapan Brann, yang menewaskan St Polten 2-1, dengan kedua-dua perlawanan tidak memberikan sebarang makna.

Lyon memenangi perlawanan pertama 9-0 dan membuka jaringan seawal minit keempat pada Rabu apabila Amel Majri melengkapk­an satu serangan pantas.

Tetapi Slavia mengikat kedudukan lima minit kemudian untuk gol kedua mereka dalam pertanding­an ini sebelum penjaga golnya, Olivie Lukasova beraksi cemerlang menepis beberapa cubaan pemain Lyon.

Lyon bernasib baik apabila gol Vicki Becho pada minit ke-74 dibenarkan pengadil walaupun bola sudah terkena tangan sebelum ini tetapi gol sendiri Vanessa Gilles pada lewat permainan kelihatan memberikan keputusan seri bermaruah buat kelab dari Republik Czech itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia