Utusan Borneo (Sarawak)

Moyes percaya Phillips boleh ikuti jejak langkah Lingard

-

LONDON: Pengurus West Ham United, David Moyes, percaya Kalvin Philipps boleh mengekori jejak Jesse Lingard dalam membuktika­n satu kontrak pinjaman yang berjaya buat West Ham.

Lingard menyertai West Ham untuk kontrak pinjaman dari Manchester United pada Januari 2021 dan membantu kelab layak ke Liga Europa dengan menjaringk­an sembilan gol dalam 16 perlawanan.

Phillips mungkin pemain yang berbeza tetapi Moyes masih menjangkak­an pemain tengah itu akan membuat impak berikutan kehadirann­ya dari kelab juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

”Reputasiny­a sejak bertahun-tahun menjadikan saya merasakan dia adalah seorang pemain yang saya mahu di kelab ini,” kata Moyes pada Rabu.

“Untuk satu tempoh, dia adalah pemain utama dalam skuad kebangsaan England. Dia adalah seseorang yang sangat bagus. Perpindaha­n ke City tidak berhasil seperti yang dia mahukan.

“Dalam tempoh ini beberapa tahun yang lalu, kami mendapatka­n Jesse Lingard, dia benar-benar membantu kami. Saya berharap Kalvin juga boleh memberikan impak yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Lingard.”

Phillips akan berharap untuk mendapatka­n tempat dalam skuad kebangsaan England untuk Euro 2024.

“Semua orang harus membuktika­n sesuatu,” tambah Moyes. “Jesse mahu membuktika­n sesuatu dan begitu juga Kalvin. Ada kejohanan besar pada akhir musim ini di mana dia berharap akan berada dalam prestasi yang baik.

”Kita bercakap tentang pemain yang mempunyai karektor yang bagus. Saya mendengar komen Pep Guaridola (pengurus City) tentangnya dan saya bersetuju dengan komen itu, selepas bekerja dengannya selamat seminggu.

“Kami mahu melihat keupayaan bola sepaknya sekarang. Saya fikir dia mempunyai peluang untuk kembali menyerlah. Kami membawa seorang lagi pemain antarabang­sa England ke dalam skuad kami dan ia satu bonus besar.”

 ?? MOYES ??
MOYES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia