Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Barcelona kutip tiga mata penuh

-

Barcelona menang tipis 1-0 ke atas Osasuna dalam aksi La Liga Sepanyol pada Rabu ketika Xavi Hernandez memulakan tempoh selamat jalan sebagai jurulatih kelab di akhir musim ini.

Atletico Madrid kekal di tangga ketiga, di hadapan Barcelona selepas Memphis Depay menjaringk­an gol kemenangan lewat ketika menewaskan Rayo Vallecano 2-1.

Xavi, bekas bintang tengah Barca, berkata dia akan meletak jawatan pada akhir musim selepas kekalahan teruk hujung minggu lepas, yang menyebabka­n Barca ketinggala­n 11 mata di belakang pendahulu liga, Girona.

Barcelona merapatkan kedudukan dengan kurang lapan mata selepas kemenangan ke atas Osasuna, yang diperolehi menerusi jaringan pemain muda Vitor Roque untuk gol pertamanya bersama kelab.

Pemain pertahanan Osasuna, Unai Garcia, dibuang padang selepas menerima dua kad kuning tetapi Barca gagal menamatkan saingan lebih awal.

Barca juga ketinggala­n di belakang musuh tradisi, Real Madrid, dengan tujuh mata walaupun bermain lebih satu perlawanan berbanding Real Madrid.

Xavi memuji pemainnya di atas kemenangan pada Rabu dan berkata mereka bangkit dengan baik selepas kekalahan 3-5 kepada Villarreal minggu lepas.

Selepas membimbing Barca memenangi kejuaraan La Liga musim lepas, anak buah Xavi hilang rentak musim ini dan pada bulan Januari, mereka tewas teruk di final Piala Super kepada Real Madrid dan tersingkir dari Copa del Rey.

Xavi menegaskan dia akan terus berusaha untuk memenangi La Liga dan Liga JuaraJuara, berharap keputusann­ya akan mengubah dinamik pasukan tetapi aksi dalam separuh masa pertama kelihatan hambar berbanding mana-mana perlawanan sepanjang dua tahun membimbing kelab.

Atletico Madrid kembali memintas Barca dengan kelebihan gol pada perlawanan lewat selepas Depay menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-91.

Reinildo Mandava meletakkan Atletico Madrid di hadapan pada minit ke-37 dari satu tendangan percuma cantik Rodrigo Riquelme.

Alvaro Garcia bagaimanap­un mengikat kedudukan buat Rayo sebelum rehat dengan satu rembatan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol Jan Oblak.

Depay memikirkan dia meletakkan Atletico kembali di hadapan lebih awal selepas menyempurn­akan hantaran Pablo Barrios tetapi gol tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

Bekas penyerang kelab Barcelona itu bagaimanap­un menjaringk­an gol yang sah apabila menyempurn­akan umpanan Antoine Griezmann dan menjaringk­an gol dalam perlawanan yang ketiga berturut-turut.

 ?? — Gambar AFP ?? MENARIK: Barcelona bertemu Osasuna dalam aksi La Liga Sepanyol di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona.
— Gambar AFP MENARIK: Barcelona bertemu Osasuna dalam aksi La Liga Sepanyol di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia