Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool ratah Chelsea 4-1 di Anfield

Man City rai kepulangan Haaland dengan penyerang itu bantu catat kemenangan 3-1 ke atasa Burnley dalam aksi EPL

-

MANCHESTER: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, membelasah Chelsea 4-1 sementara Erling Haaland membuat kepulangan ketika Manchester City menewaskan Burnley 3-1 pada Rabu.

Pengakuan mengejut pengurus Liverpool, Jurgen Klopp di mana dia akan melepaskan jawatannya pada akhir musim ini, bagaimanap­un tetap tidak menghalang rentak pasukan yang mencabar empat kejuaraan musim ini.

Liverpool membelasah Norwich City 5-2 dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA Inggeris pada Ahad dan mereka juga tetap berbisa apabila Chelsea bertandang ke Anfield untuk perlawanan kedua sejak pengumuman Klopp.

Gol dalam separuh masa pertama oleh Diogo Jota dan Conor Bradley meletakkan Liverpool selesa di hadapan.

Dominik Szoboszlai menjaringk­an gol ketiga dan walaupun Christophe­r Nkunku merapatkan kedudukan buat Chelsea, Luiz Diaz melengkapk­an aksi terbaik buat pasukan tuan rumah.

Liverpool kini berkelebih­an lima mata di singgahsan­a liga berbanding juara bertahan, Manchester City, yang kurang satu perlawanan ketika mereka cuba menjejaska­n impian Klopp menamatkan kariernya di Liverpool dengan kejuaraan liga yang kedua sepanjang sembilan tahun membimbing kelab.

Tanpa kalah dari 11 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an, Liverpool akan bertandang ke pasukan

di tangga ketiga, Arsenal Ahad ini untuk satu lagi ujian getir kemampuan mereka mencabar kejuaraan liga.

“Anda harus bermain dengan luar biasa untuk mengawal Chelsea. Tetapi cara kami memulakan perlawanan adalah benar-benar bagus,” kata Klopp.

“Kami memberikan tekanan kepada mereka. Serangan pantas kami cukup hebat dan ia adalah malam yang luar biasa buat kali.”

Liverpool akan bertemu Chelsea sekali lagi di final Piala Liga Inggeris pada 25 Februari, dengan anak buat

Klopp juga masih bersaing dalam Piala FA Inggeris dan Liga Europa.

Chelsea harus meningkat dengan mendadak untuk memenangi final Piala Liga selepas aksi hambar yang menjelaska­n kenapa mereka masih berada di tangga ke10 liga.

Haaland tidak beraksi hampir dua bulan kerana kecederaan kaki tetapi City kelihatan tidak merindui ketiadaann­ya apabila mereka menang sembilan dan seri sekali dari 10 perlawanan di mana dia tidak diturunkan.

Julian Alvarez sekali lagi

menyerlah ketika ketiadaan Haaland apabila menjaringk­an dua gol pada hari ulang tahun kelahiran ke-24, sekali gus menamatkan saingan lawan dalam masa 22 minit.

Alvarez menanduk satu hantaran Matheus Nunes untuk gol pembukaan dan menyempurn­akan satu tendangan percuma Kevin De Bruyne untuk menambah jaringan.

Rodri menjadikan kedudukan 3-0 pada minit pertama separuh masa kedua tetapi pengurus City, Pep Guardiola hanya memasukkan Haaland pada 15 minit terakhir permainan.

Walau bagaimanap­un, Burnley merapatkan kedudukan untuk menerusi gol Ameen Al Dakhil pada minit kecederaan.

“Hari ini, perlawanan begitu sengit. Ada perlawanan di mana keputusan kelihatan selesa, tetapi bukan kali ini,” kata Guardiola.

“Kevin De Bruyne dan Erling akan membantu kami pada baki musim ini.”

Pada perlawanan lain, Tottenham Hotspur naik ke empat tangga teratas liga selepas menewaskan Brentford 3-2.

Skuad kendalian Ange

Postecoglo­u itu memerlukan kata-kata semangat pada masa rehat untuk bangkit dari ketinggala­n.

Neal Maupay meletakkan Brentford di hadapan masa rehat perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur.

Tetapi Spurs bangkit dengan tiga gol dalam 11 minit pertama dalam separuh masa kedua.

Destiny Udogie mengikat kedudukan dengan rembatan jarak jauh sebelum Brennan

Johnson menyempurn­akan hantaran Timo Werner untuk meletakkan Spurs di hadapan buat kali pertama.

Tottenham melengkapk­an jaringan menerusi gol kesembilan Richarliso­n musim ini.

Bagaimanap­un, kesilapan Udogie membolehka­n Ivan Toney merapatkan kedudukan buat Brentford namun Spurs berjaya bertahan sehingga tamat permainan untuk memintas Aston Villa dengan kelebihan gol.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Anfield.
Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Chelsea di
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Anfield. Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Chelsea di
 ?? — Gambar AFP ?? Tottenham bertemu Brentford di Stadium Tottenham.
— Gambar AFP Tottenham bertemu Brentford di Stadium Tottenham.
 ?? — Gambar AFP ?? Man City menentang Burnley di Stadium Etihad.
— Gambar AFP Man City menentang Burnley di Stadium Etihad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia