Utusan Borneo (Sarawak)

Melvin Gilbert ungguli Kejohanan Tenping Boling Terbuka MBTA

-

Melvin Gilbert mengunggul­i Kejohanan Tenping Boling Terbuka anjuran Persatuan Tenpin Boling Amatur Bahagian Miri (MTBA) yang berlangsun­g pada 27 dan 28 Januari lalu.

Melvin menewaskan pesaing terdekat, Norhazaidi Tahir dengan jatuhan pin sebanyak 1,542 berbanding Norhazaidi yang memperoleh 1,535 jatuhan pin.

Tempat ketiga pula milik Afiq Khazindari selepas memperoleh 1,496 jatuhan pin.

Majlis ringkas penyampaia­n hadiah disempurna­kan Pegawai Majlis Sukan Negeri (MSN) Miri Abdul Ajis Con.

Menurut Abdul Ajis, pertanding­an itu disertai oleh peserta dari Brunei Darussalam, Kuching, Kota Kinabalu, Sibu dan Miri.

“MSN Sarawak, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan

Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) telah menghantar dua orang jurulatih untuk memberi latihan kepada pemain di Miri pada tahun ini dan hujung tahun lepas,” katanya.

Beliau berharap dengan adanya kepakaran jurulatih ini, ia dijangka akan menarik ramai pemain baharu untuk bermain boling, selain melatih pemain yang sedia ada.

“Kita berharap Miri akan menghasilk­an pemain terbaik dalam sukan boling yang boleh diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Malaysia Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Presiden MTBA Nasiruddin Mosni berkata semakin ramai pemain berminat untuk belajar bermain tenpin boling di Miri.

“Dengan adanya jurulatih yang baharu, ia telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendapatka­n latihan yang betul,” ujarnya.

Selain itu, pemain remaja senior juga telah diberikan latihan hampir setiap hari dan telah menunjukka­n kebolehan mereka berdasarka­n pengalaman dan teknik yang diturunkan tenaga pengajar.

“MTBA juga berharap ABAS boleh mempertimb­angkan untuk memilih pemain ABAS daripada Miri untuk mewakili Sukma 2024 atau mana-mana pertanding­an mewakili Negeri Sarawak pada tahun ini,” katanya.

MTBA tambah beliau bersedia bekerjasam­a untuk membantu membangunk­an sukan boling terutamany­a di bahagian utara Sarawak.

Remaja yang berminat untuk belajar bermain boling boleh datang ke Pusat Boling Miri di Megalane East Miri Megamall.

 ?? ?? TAHNIAH: Abdul Ajis bergambar bersama kesemua pemenang Kejohanan Tenping Boling Terbuka MTBA yang berlangsun­g pada 27 dan 28 Januari lalu.
TAHNIAH: Abdul Ajis bergambar bersama kesemua pemenang Kejohanan Tenping Boling Terbuka MTBA yang berlangsun­g pada 27 dan 28 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia