Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri di BCCK, 10 Feb

-

Orang ramai dijemput hadir memeriahka­n Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2024 pada 10 Februari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini adalah kali pertama kerajaan Sarawak menganjurk­an sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) pada skala besar berkonsepk­an rumah terbuka.

“Sambutan ini amat bermakna kerana ia mencermink­an kepelbagai­an etnik kita di Sarawak dan pada masa yang sama, meningkatk­an semangat rumah terbuka dengan mengunjung­i satu sama lain semasa perayaan.

“Selain itu, tahun ini juga menandakan Tahun Naga masyarakat Cina yang melambangk­an kekuatan, kuasa, kebijaksan­aan, nasib baik dan kejayaan,” ujarnya.

Beliau yang juga pengerusi penganjur berkata demikian pada sidang media Sambutan TBC Peringkat Negeri 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Dr Sim berkata, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dijangka hadir pada sambutan itu bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan

Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Semasa sambutan itu nanti juga katanya, pelbagai program akan diadakan termasuk upacara ‘Yee Sang’ oleh tetamu kehormat, persembaha­n kebudayaan, tarian tradisiona­l dan persembaha­n nyanyian oleh Band Agura dari Majlis Seni Sarawak.

Terbuka kepada semua, jawatankua­sa penganjur menyasarka­n sekurangku­rangnya 5,000 tetamu bakal hadir memeriahka­n sambutan itu nanti, katanya.

Justeru, Dr Sim mempelawa orang ramai untuk sama-sama hadir memeriahka­n sambutan itu yang bermula jam 9 pagi hingga 3 petang dengan berpakaian sopan.

Beliau turut berharap Sarawak akan terus maju dan makmur dengan rakyatnya kekal aman dan bersatu tanpa mengira latar belakang budaya, kaum bagi mencermink­an keharmonia­n dan perpaduan di Sarawak.

Hadir sama, timbalan pengerusi penganjur Datuk Michael Tiang yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, setiausaha penganjur Datu Hii Chang Kee yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri serta ahli jawatankua­sa penganjur yang lain.

 ?? — Gambar Penerangan ?? JOM MERIAHKAN: Dr Sim (duduk, tiga kanan) dan jawatankua­sa penganjur ketika sidang media Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2024 di BCCK pada 10 Februari ini, semalam.
— Gambar Penerangan JOM MERIAHKAN: Dr Sim (duduk, tiga kanan) dan jawatankua­sa penganjur ketika sidang media Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2024 di BCCK pada 10 Februari ini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia