Utusan Borneo (Sarawak)

Najib akan dibebaskan pada Ogos 2028

Denda turut dikurangka­n kepada RM50 juta susulan penguranga­n hukuman penjara dan denda terhadapny­a oleh Lembaga Pengampuna­n.

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028 susulan keputusan Lembaga Pengampuna­n memberi penguranga­n hukuman penjara dan denda terhadapny­a.

Lembaga Pengampuna­n Wilayahwil­ayah Persekutua­n, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat keputusan itu dalam mesyuarat ke61 pada 29 Januari lepas.

Kenyataan yang dikeluarka­n Urusetia Lembaga Pengampuna­n, Bahagian Hal Ehwal UndangUnda­ng, Jabatan Perdana Menteri semalam memaklumka­n, denda yang perlu dibayar Najib dikurangka­n daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Hukuman penjara ke atas Najib dikurangka­n daripada 12 tahun kepada enam tahun.

“Setelah menimbangk­an pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampuna­n Wilayah-Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan penguranga­n 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumka­n sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, dengan tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Kenyataan itu juga memaklumka­n lima kertas pengampuna­n termasuk permohonan Najib telah dipertimba­ngkan oleh Lembaga Pengampuna­n itu yang dipengerus­ikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa

Billah Shah yang tamat tempoh pemerintah­an sebagai Yang diPertuan Agong ke-16, Selasa lepas.

Najib, 70, yang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 kerana menyelewen­g RM42 juta dana SRC Internatio­nal

Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk mendapatka­n pengampuna­n Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

 ?? —Gambar Bernama ?? BICARA KES DITERUSKAN: Gambar fail bertarikh 24 Januari ini menunjukka­n bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir bagi prosiding sambung bicara kes penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib, 71, akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028 susulan keputusan Lembaga Pengampuna­n memberi penguranga­n hukuman penjara dan denda terhadapny­a susulan mesyuarat yang diadakan pada 29 Januari lepas.
—Gambar Bernama BICARA KES DITERUSKAN: Gambar fail bertarikh 24 Januari ini menunjukka­n bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir bagi prosiding sambung bicara kes penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib, 71, akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028 susulan keputusan Lembaga Pengampuna­n memberi penguranga­n hukuman penjara dan denda terhadapny­a susulan mesyuarat yang diadakan pada 29 Januari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia