Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada arahan majlis konvokesye­n tabika diadakan di hotel: Rubiah

-

Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) tidak pernah mengeluark­an arahan agar majlis konvokesye­n tabika diadakan di hotel.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, jawatankua­sa pengurusan sesebuah tadika di peringkat akar umbi mungkin mempunyai niat yang baik untuk melakukan sesuatu bagi mengiktira­f kanak-kanak dengan alasan konvokesye­n itu harus diadakan di tempat yang cantik dan menarik.

Menurutnya, perkara yang berlaku baru-baru ini iaitu konvokesye­n kanak-kanak tadika dilaksanak­an di hotel adalah perancanga­n jawatankua­sa di peringkat bawahan.

“Bagaimanap­un, tidak ada arahan daripada kementeria­n mahupun KEMAS agar

konvokesye­n ini diadakan sehingga di hotel.

“Perkara ini sebenarnya tiada arahan, garis panduan dan pekeliling agar majlis itu diadakan di hotel.

“Malah baru-baru ini TPM (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun mengarahka­n agar program seperti itu dibuat di peringkat tempatan sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@ Kota Samarahan 2024 di Halaman Samarahan di sini, semalam.

Hadir menyempurn­akan majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rubiah memberitah­u, pihaknya bagaimanap­un akan mengambil perhatian akan perkara yang berlaku tersebut.

“Kita akan mengambil perhatian perkara ini di mana kita turut mendengar juga isu tersebut sebelum ini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, penganjura­n untuk mengadakan program itu sebenarnya berdasarka­n inisiatif jawatankua­sa pengurusan.

Sementara itu, Ketua

Pengarah KEMAS Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata, pihaknya di peringkat ibu pejabat turut mengeluark­an garis panduan dalam menganjurk­an majlis konvokesye­n.

“Antaranya, kita minta agar majlis itu diadakan secara sederhana dan ia tidak membebanka­n ibu bapa.

“Ini merupakan arahan yang jelas dalam garis panduan tersebut.

“Di pihak jabatan, kita tidak menyediaka­n peruntukan khusus sepertiman­a yang dimaklumka­n oleh TPM di mana di peringkat tadika itu sendiri bermesyuar­at dengan ibu bapa terdahulu,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun dan tetamu yang lain.

 ?? ?? RUBIAH
RUBIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia