Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS bantah cadangan benarkan pelajar asing bekerja di Malaysia

-

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) membantah sebarangca­danganmemb­enarkan pelajar asing bekerja di Malaysia, bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir.

Presidenny­a Datuk Adnan Mat berkata perkara itu bukan sahaja menidakkan peluang rakyat tempatan, bahkan merugikan negara yang telah melakukan pelaburan tinggi melaluiins­titusipeng­ajiantingg­i tempatan demi melahirkan graduan tempatan berkemahir­an tinggi.

Beliau berkata, dasar membenarka­n pelajar asing untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor teknologi tinggi sebagai satu langkah ke belakang, selain boleh mengakibat­kan graduan tempatan menerima gaji yang lebih rendah serta meningkatk­an kadar penganggur­an rakyat tempatan pada masa hadapan.

“Pelbagai program telah diwujudkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan dengan nilai pelaburan besar, bagi melahirkan graduan tempatan berkemahir­an tinggi selaras dengan aspirasi kerajaan.

“Negara ketika ini sudah berada di landasan yang tepat dalammelah­irkangradu­antempatan yang berkemahir­an tinggi dan tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja asing,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementeria­n Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri (MITI), baru-baru ini dilapor sedang mempertimb­angkan kebenaran kepada graduan antarabang­sa untuk bekerja di negara ini, bagi menampung kekurangan tenaga mahir di beberapa sektor termasuk elektrik dan elektronik (E&E).

Mengulas lanjut, Adnan turut mempersoal­kan segelintir majikan yang lebih sanggup membayar gaji yang tinggi kepada pekera asing, sedangkan kualiti pekerja tempatan adalah lebih baik.

Beliau juga meminta kerajaan menguatkua­sakan gaji minimum yang lebih berbaloi kepada pekerja berkemahir­an tinggi tempatan, bagi menyokong dasar-dasar pembanguna­n sumber manusia yang dilaksanak­an oleh institusi pengajian tinggi tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia