Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah digalak anjur majlis graduasi sederhana namun meriah: Fadhlina

-

Kementeria­n Pendidikan (KPM) menggalakk­an majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana, namun meriah dan penuh penghargaa­n bagi meraikan semua pelajar.

“Jadi, perbincang­an dan konsultasi dengan PIBG sangat penting dan kena selesaikan di peringkat sekolah. Kalau ada bantahan, kena diambil pandangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu hangat yang sedang dibincang di media sosial mengenai rungutan ibu bapa berhubung majlis graduasi murid anjuran sekolah di hotel-hotel mewah, dan ada yang menganggap ia sebagai membebanka­n.

Pada masa sama, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka pada Selasa dilaporkan akan mengeluark­an satu surat arahan mengenai panduan bagi penganjura­n majlis graduasi pelajar di peringkat sekolah, sebagai langkah bagi mengelakka­n ibu bapa terbeban dengan penganjura­n malis itu.

Mengenai ada pandangan sesetengah pihak untuk mengembali­kan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3), Fadhlina berkata KPM sedang mengukuhka­n aspek pentaksira­n serta memberi tumpuan kepada Kurikulum Persekolah­an 2027.

“Kita dengar semua pandangan berkaitan dengan peperiksaa­n (UPSR dan PT3), haluan negara ketika ini adalah penekanan kepada Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Bahasa Inggeris dan digital. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia