Utusan Borneo (Sarawak)

KKDW peruntuk RM200j bangunkan usahawan desa Sarawak

- Dari Muka 1

Hadir sama Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beberapa program dan inisiatif turut dirancang oleh agensi di bawah kementeria­nnya tahun ini bagi membantu usahawan di Sarawak.

“Di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), sejumlah RM6.5 juta bantuan diluluskan kepada 39 penerima di Sarawak menerusi Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).

“Selain itu, Pihak Berkuasa Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) menyediaka­n bantuan sejumlah RM3.8 juta untuk 537 penerima di bawah program Keusahawan­an Negeri Sarawak.

“Manakala, sejumlah RM1.4 juta untuk 7,606 penerima bantuan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat menerusi program pembanguna­n komuniti dan kemahiran serta RM889,000 untuk enam penerima dari Bahagian Usahawan Desa, KKDW menerusi Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED),” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar jaringan kerjasama yang baik diteruskan antara KKDW dan kerajaan Sarawak.

“Kita boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik di mana secara kebetulan saya juga Pengerusi Majlis Usahawan Malaysia dan Majlis Halal Malaysia.

“Kita lakukan penyatuan dan integrasi usahawan ini agar kita dapat mencipta produk yang mempunyai piawaian di peringkat antarabang­sa menerusi pameran yang dianjurkan oleh KKDW dan agensi di bawahnya,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menyatakan keyakinan bahawa Sarawak mempunyai keunikan ke atas produkprod­uk yang tidak terdapat di negeri lain.

“Saya berjanji akan memasarkan produk-produk unik yang dihasilkan di Sarawak di pasaran antarabang­sa,” tambah beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut memuji usaha kerajaan Sarawak yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam memacu pembanguna­n ekonomi di negeri ini.

Beliau turut memberitah­u, setiap kampung di negeri ini akan diberi peruntukan tambahan untuk pembanguna­n ekonomiber­jumlahRM50,000 hingga RM100,000.

“Selain itu, saya juga akan membantu apa-apa sahaja yang diperlukan untuk penduduk Kota Samarahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia