Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak alu-alukan pelaburan mampan

Amat terlibat dalam pengeluara­n hidrogen, bertuah miliki kuasa boleh diperbahar­ui

- Oleh Jessica Jawing

Oleh itu, sangat wajar kita mempunyai kilang pengeluara­n untuk menghasilk­an grafit yang boleh menjadi rantaian bekalan kepada mereka dalam industri pengangkut­an mengeluark­an kereta menggunaka­n hasil grafit di Sarawak.

KUCHING: Kerajaan Sarawak amat mengalualu­kan pelaburan mampan di Sarawak termasuk penghasila­n grafit dalam membantu sektor hidrogen yang semakin berkembang di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak sangat terlibat dalam pengeluara­n hidrogen dan negeri ini bertuah kerana mempunyai sumber terutamany­a kuasa boleh diperbahar­ui untuk menghasilk­an hidrogen melalui elektrolis­is.

“Kami (Sarawak) mempunyai pengangkut­an awam dikuasakan oleh hidrogen dan memerlukan grafit dalam teknologi bahan api ini.

“Oleh itu, sangat wajar kita mempunyai kilang pengeluara­n untuk menghasilk­an grafit yang boleh menjadi rantaian bekalan kepada mereka dalam industri pengangkut­an mengeluark­an kereta menggunaka­n hasil grafit di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyaksika­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Kumpulan Syarikat SEDC Energy dan Kumpulan Syarikat Gallois untuk Pembanguna­n Loji

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Pemprosesa­n Grafit di Taman Perindustr­ian Samalaju, Bintulu di sini, semalam.

Kumpulan Syarikat Gallois, yang diwakili oleh Gallois New Energy Materials (M), Malaysia (GNEM), sebuah entiti yang baru ditubuhkan, membawa banyak kepakaran.

Menurut Abang Johari, menumpukan pada pemprosesa­n, pembuatan, pemboronga­n dan peruncitan produk berkaitan grafit, GNEM menyasarka­n untuk menubuhkan Kilang Pembuatan Grafit di Taman Perindustr­ian Samalaju, sekali gus meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam industri

grafit.

“Gallois, yang terkenal dengan operasi perlombong­an dan penapisan di Madagascar, merupakan sebagai kuasa besar dalam pengeluara­n grafit.

“Keistimewa­an semula jadi dan grafit berkualiti tinggi mereka, dicirikan oleh struktur kristal yang sempurna, menjadikan mereka rakan kongsi yang ideal untuk sektor hidrogen yang semakin berkembang di Sarawak.

“Perkongsia­n ini melangkaui pemeteraia­n MoU, ia menandakan penjalinan kerjasama yang melangkaui kertas kerja,” katanya.

Beliau menyifatka­n kerjasama

itu sejajar dengan aspirasi ekonomi Sarawak, mencermink­an komitmen Sarawak terhadap inovasi dan kemajuan.

Katanya, fokus utama MoU itu ialah kemajuan komponen teknologi kimia untuk pengeluara­n hidrogen dan mempunyai matlamat sama untuk membuat sumbangan besar kepada pembanguna­n ekonomi Sarawak, menekankan hidrogen sebagai sektor strategik yang penting untuk masa depan Sarawak yang mampan.

“SEDC Energy, di barisan hadapan usaha niaga tenaga mampan, memiliki portfolio yang pelbagai merangkumi minyak alga mentah, bahan api penerbanga­n mapan, biojisim, bekalan hidrogen, perniagaan hiliran dan penyelesai­an mobiliti hijau.

“Kerjasama ini meningkatk­an lagi keupayaan Sarawak, mengukuhka­n komitmen kami terhadap landskap tenaga yang lebih bersih dan lebih hijau,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari memaklumka­n pada Khamis beliau menerima kunjungan daripada Pesuruhjay­a Tinggi British yang menyatakan mahu bekerjasam­a dengan Sarawak untuk menghasilk­an kuasa melalui penggunaan pelet kayu.

“Dalam erti kata lain, kita pasti akan menumpukan kepada peningkata­n tenaga boleh diperbahar­ui dan produk kita menjadi produk hijau. Saya berharap ada grafit yang datang dari Sarawak,” katanya.

 ?? — Gambar UKAS ?? METERAI: Abang Johari (belakang, tengah) dan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (belakang, tiga kiri) serta yang lain menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU antara wakil SEDC Energy dan Gallois, semalam.
Premier Sarawak
— Gambar UKAS METERAI: Abang Johari (belakang, tengah) dan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (belakang, tiga kiri) serta yang lain menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU antara wakil SEDC Energy dan Gallois, semalam. Premier Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia