Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat, kata Ding

-

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek-projek pembanguna­n telah, sedang dan akan terus disalurkan melalui pelbagai cara dan pendekatan.

“Salah satu usaha paling efisien ialah pelaksanaa­n projek menggunaka­n peruntukan projek kecil luar bandar (RTP).

“Melalui inisiatif ini, banyak aktiviti pembanguna­n terutama di kawasan luar bandar telah berjaya dilaksanak­an dan dinikmati oleh rakyat.

“Dasar pembanguna­n ini juga sebahagian daripada langkah kerajaan Sarawak untuk merapatkan jurang pembanguna­n di antara kawasan bandar dan luar bandar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyerahan Tapak Projek RTP Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong, kelmarin.

Pada majlis itu, Ding menyaksika­n penyerahan projek siap pembinaan menaik taraf halaman depan dua rumah panjang iaitu Rumah Ujang Brinau dan Rumah Maja Kayan, Bintangor.

Menurut Ding, keduadua projek itu menelan kos sebanyak RM80,000.

“Hasil tinjauan terhadap projek ini, kita amat puas hati kerana ia siap lebih awal dari jadual.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei juga

memainkan peranan yang amat penting kerana sentiasa bertindak tegas dalam memantau kerja-kerja yang dijalankan kontraktor dan saling bekerjasam­a dengan penduduk rumah panjang.

“Ia bukan sahaja perlu bagi memastikan segala spesifikas­i dipatuhi, tetapi projek disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Perkara ini amat penting kerana kesemua projek RTP daripada kerajaan Sarawak adalah untuk manfaat dan

faedah rakyat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ding turut meninjau pelaksanaa­n projek RTP di Sekolah Kebangsaan (SK) Rentap yang telah siap di bawah seliaan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei dengan kos projek sebanyak RM100,000 melibatkan naik taraf tempat letak kenderaan serta kerjakerja menyimen jalan utama menuju ke sekolah terbabit.

Hadir sama ialah Penolong Jurutera JKR Bahagian Sarikei Siti Anastasya Saili.

 ?? ?? KEMUDAHAN: Ding (dua kanan) ketika melawat projek RTP di SK Rentap, Sungai Baron.
KEMUDAHAN: Ding (dua kanan) ketika melawat projek RTP di SK Rentap, Sungai Baron.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia