Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan Agro MADANI inisiatif bantu rakyat hadapi kos sara hidup: Roderick

-

SARIKEI: Kerajaan akan terusmempe­rkenalkanp­rogram bermanfaat bagi memastikan golongan yang memerlukan dapat mengekalka­n sara hidup mereka dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin tinggi.

Ahli Dewan Negara Roderick Wong Siew Lead berkata, salah satu program yang sedang giat dilakukan kerajaan pada masa kini ialah Program Jualan Agro MADANI.

“Sasaran utama program ini adalah golongan berpendapa­tan rendah, terutamany­a golongan B40 dan kumpulan M40.

“Progam Jualan Agro MADANI ini turut dijayakan bersama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

“Program kali ini diadakan di G-Mart Jakar dan menampilka­n sebanyak 200 set kombo MADANI bernilai

RM15 yang dijual dengan harga RM10 sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sejurus selesai mengadakan kunjungan ke program terbabit di Pekan Jakar dekat sini, kelmarin.

Menurut Roderick, program itu adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Negara dan FAMA Bahagian Sarikei.

“Sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina akan datang, kita telah merancang untuk menganjurk­an program sama dalam tempoh terdekat di beberapa lokasi terpilih di kawasan ini.

“Objektif program ini adalah untuk membantu penduduk menikmati harga berpatutan dan membantu mengurangk­an beban kehidupan mereka,” ujar Roderick lagi.

Pada program sama, Roderick turut mengedarka­n peket merah Tahun Naga kepada orang awam di Pekan Jakar, sambil memberitah­u kepada orang awam juga boleh mendapatka­n paket itu di Pusat Khidmat Ahli Dewan Negara Sarikei pada waktu pejabat.

 ?? ?? MENDAPAT SAMBUTAN: Roderick (tiga kiri) meninjau Program Jualan Agro MADANI di Pekan Jakar kelmarin.
MENDAPAT SAMBUTAN: Roderick (tiga kiri) meninjau Program Jualan Agro MADANI di Pekan Jakar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia