Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Basah Bau baharu dibuka, fasiliti lebih lengkap dan selesa

Ia dibangun dengan dana RM2.2 juta daripada kerajaan Sarawak

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pasar Basah Bau yang baharu kini dibuka dengan fasiliti lebih lengkap dan selesa kepada peniaga serta pelanggann­ya.

Timbalan Menteri Pengangkut­an (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep hadir merasmikan pasar baharu itu di Pekan Bau, semalam.

Dalam ucapannya, Henry berkata Pasar Basah Bau ini dibangunka­n dengan peruntukan RM2.2 juta daripada kerajaan Sarawak.

Manakala, kerja-kerja tanah dilakukan oleh Majlis Daerah Bau (MDB) dengan peruntukan mereka sendiri, katanya.

“Terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana meluluskan peruntukan itu. Sekarang sudah siap dan kita sudah pindahkan peniaga ke lokasi baharu ini,” katanya.

Terdahulu, Henry menjelaska­n pasar basah baharu itu adalah perlu bagi memindahka­n peniaga dari pasar

Timbalan Menteri Pengangkut­an (Sungai dan Laut)

basah lama yang mana tidak lagi sesuai untuk berniaga.

Selain itu katanya, lokasi pasar basah lama yang terletak terlalu hampir dengan rumah penduduk masyarakat Melayu juga diambil kira.

Ini kerana katanya, pasar basah tersebut untuk peniaga yang menjual daging khinzir dan daging ayam.

“Jadi lebih elok sekiranya kita mencari tempat yang lebih baik, lebih besar untuk peniaga makanan basah ini serta lebih strategik sama dengan slogan kita Greater Bau.

“Maka saya memohon peruntukan RM2 juta daripada kerajaan Sarawak tetapi RM2 juta tidak cukup, kita mohon lagi tambahan RM200,000,” jelasnya.

Mengenai pasar basah yang lama kata Henry, ia diserahkan kepada MDB untuk dinaik taraf bagi tujuan aktiviti lain yang bersesuaia­n.

Henry turut berharap peniaga akan menjaga kebersihan di pasar basah tersebut yang merupakan aspek penting untuk menarik pengunjung.

Untuk rekod, Pasar Basah Bau menempatka­n 12 tapak jualan bagi daging khinzir dan enam tapak jualan bagi daging ayam.

Terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana meluluskan peruntukan itu. Sekarang sudah siap dan kita sudah pindahkan peniaga ke lokasi baharu ini.

Dato Henry Harry Jinep

 ?? — Gambar UKAS ?? CERIA: Henry (tiga kanan) meninjau operasi peniaga di Pasar Basah Bau yang baru dirasmikan semalam.
— Gambar UKAS CERIA: Henry (tiga kanan) meninjau operasi peniaga di Pasar Basah Bau yang baru dirasmikan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia