Utusan Borneo (Sarawak)

350 kakitangan Curtin Malaysia raikan sambutan ‘Australia Day’

-

Lebih 350 kakitangan Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) berkumpul di ruang legar Harry Perkins Lecture Theatre untuk meraikan ‘Australia Day’ bagi menandakan 69 tahun hubungan diplomatik Australia-Malaysia di sini, kelmarin.

Curtin Malaysia dalam kenyataan medianya berkata, program itu dimeriahka­n dengan aktiviti memanggang dikenali ‘Australia Day Aussie Sausage Sizzle’ yang turut menjadi tradisi tahunan Curtin Malaysia sejak 2014.

“Bagaimanap­un, aktiviti tersebut terpaksa ditangguhk­an pada pandemik COVID-19 lalu dan diadakan semula tahun ini sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke25 Curtin Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Antara tarikan program itu ialah melibatkan kakitangan Curtin Malaysia termasuk pengurusan kanan, dekan fakulti serta pengurusan yang memakai apron dan bekerjasam­a menyediaka­n bahan dan makanan untuk dipanggang dan dihidangka­n kepada rakan-rakan sekerja.

Selain hidangan makanan dan minuman, kakitangan Curtin Malaysia turut menyertai permainan disediakan dan cabutan bertuah.

Sementara itu, Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia Profesor Simon Leunig berkata, terdapat banyak sebab sambutan ulang tahun ke-25 Curtin Malaysia diraikan kerana kampus itu telah mencapai pelbagai kemajuan.

“Ini termasuk kemajuan mengagumka­n dalam bidang akademik, penyelidik­an, pembanguna­n kampus, pengalaman pelajar dan perkongsia­n strategik dalam beberapa tahun kebelakang­an ini,” katanya dalam ucapan aluan pada majlis itu.

Beliau turut berkongsi mengenai Curtin Malaysia berada di landasan betul dalam usaha menerima lebih ramai pelajar praunivers­iti, sarjana muda dan pascasiswa­zah tahun ini.

“Apabila kita mempunyai hari kebangsaan sama ada Hari Australia, Hari Malaysia atau perayaan kebangsaan lain ia mengenai satu kebanggaan pada diri kita. Ini juga sebagai tanda berbangga kita dengan apa yang dicapai,” jelasnya.

 ?? ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Leunig (depan, tiga kiri) serta dekan fakulti dan pengurusan bersama kakitangan Curtin Malaysia merakamkan kenangan sempena‘Australia Day’dan 69 tahun hubungan diplomatik Australia-Malaysia di Miri kelmarin.
SELAMAT ULANG TAHUN: Leunig (depan, tiga kiri) serta dekan fakulti dan pengurusan bersama kakitangan Curtin Malaysia merakamkan kenangan sempena‘Australia Day’dan 69 tahun hubungan diplomatik Australia-Malaysia di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia