Utusan Borneo (Sarawak)

LPM catat satu lagi kejayaan dalam pembanguna­n fizikal

Berjaya menyiapkan pembanguna­n pejabat dua tingkat dan kafeteria di terminal pertukaran kru LPM di Pulau Melayu

- Oleh Steve Annuar Dato Paulus Palu Gumbang Pengerusi LPM

MIRI: Lembaga Pelabuhan Miri (LPM) mencatat satu lagi kejayaan dalam pembanguna­n fizikal dan aktiviti perniagaan­nya selepas berjaya menyiapkan pembanguna­n pejabat dua tingkat dan kafeteria di terminal pertukaran kru LPM di Pulau Melayu.

Majlis perasmian disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau yang juga Pengerusi LPM Dato Paulus Palu Gumbang petang kelmarin.

Menurut Paulus, projek itu siap sepenuhnya pada 15 Disember lalu dan dibina mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau menambah, bangunan tersebut akan menjadi mercu tanda baharu untuk kawasan Pulau Melayu dan bandar raya Miri.

“Dengan siapnya bangunan ini menandakan komitmen Pelabuhan Miri dalam menyediaka­n perkhidmat­annya dan memenuhi keperluan pelanggan dan juga untuk komuniti di kawasan ini khususnya,” jelas Paulus.

Paulus memberitah­u, kafeteria terbuka kepada umum sementara pejabat adalah untuk disewa pada kadar yang kompetitif.

Tentang terminal, ia disediakan khususnya untuk mengendali­kan operasi kru kapal dan perkhidmat­an logistik lain, khususnya aktiviti minyak dan gas luar pesisir.

Beliau berkata, kemudahan di terminal itu juga adalah

Dengan siapnya bangunan ini menandakan komitmen Pelabuhan Miri dalam menyediaka­n perkhidmat­annya dan memenuhi keperluan pelanggan dan juga untuk komuniti di kawasan ini khususnya.

untuk meningkatk­an lagi keyakinan pelanggan dan pelabur terhadap pembanguna­n komersial, terutama industri minyak dan gas di wilayah utara dan khususnya bahagian Miri.

“Dengan penyediaan pelbagai perkhidmat­an logistik di bangunan ini serta disokong oleh sistem pengurusan yang mantapdanc­emerlang,Pelabuhan Miri akan berada pada kedudukan yang betul untuk memainkan peranan pentingnya sebagai perkhidmat­an sokongan asas yang lengkap di rantau ini,” jelas Paulus.

Hadir sama Pengurus Besar LPM Serawa Budol.

 ?? ?? RASMI: Paulus memotong reben tanda simbolik perasmian disaksikan oleh Serawa (lima kanan) serta tetamu kehormat lain.
RASMI: Paulus memotong reben tanda simbolik perasmian disaksikan oleh Serawa (lima kanan) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia