Utusan Borneo (Sarawak)

11 barangan disenarai dalam SHMMP TBC bermula 6 Feb

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanak­an Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina berkuat kuasa 6 hingga 14 Februari ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata tempoh pelaksanaa­n SHMMP selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011, dan membolehka­n penentuan harga dibuat terhadap peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

Beliau berkata harga runcit barangan berkenaan ialah udang putih sekilogram sebanyak RM39 di Semenanjun­g, Sarawak (RM35), manakala Sabah di kawasan Pantai Barat ialah RM33, Pantai Timur (RM30) dan Wilayah Persekutua­n (WP) Labuan RM36. Barangan lain termasuk ikan bawal putih berat antara 200 gram (g) hingga 400 g seekor di Semenanjun­g dijual pada harga RM42, Sarawak (RM40), Sabah (RM30) dan Labuan (RM35),” katanya pada sidang media di Dewan Terbuka SJK (C) Cheng Hwa di sini, semalam.

Armizan berkata, babi hidup di peringkat ladang berharga RM17 sekilogram untuk Semenanjun­g, Sarawak (RM15), di Pantai Barat Sabah (RM18), Pantai Timur (RM18.50) dan Labuan (RM18), manakala dagingbabi(perut)diSemenanj­ung berharga RM38, Sarawak

(RM28), Sabah (RM39) dan Labuan (RM40).

Daging babi (daging dan lemak) di Semenanjun­g dan Sarawak masing-masing berharga RM27 sekilogram, Sabah dan Labuan (RM33), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) harga di Semenanjun­g ialah RM3.50 sekilogram, Sarawak RM3 kecuali di Limbang dan Lawas ditetapkan RM4.50, Sabah dan Labuan masingmasi­ng RM3.50.

Ubi kentang import (China) di Semenanjun­g dijual dengan harga RM3.50, Sarawak (RM4) kecuali di Limbang dan Lawas (RM4.50), di Sabah bahagian Pantai Barat (RM4) dan Pantai Timur (RM4.50) sementara Labuan (RM4).

Bawang putih (China) di Semenanjun­g, Sarawak, Sabah dan Labuan dijual pada harga

sama iaitu RM11, halia import Semenanjun­g dan Sarawak RM11.50, Sabah Pantai Barat (RM12.50), Pantai Timur dan Labuan (RM13).

Barangan kawalan lain seperti lobak putih import Semenanjun­g dan Sarawak RM5 kecuali di Limbang dan Lawas (RM6), Pantai Barat Sabah (RM5), Pantai Timur Sabah dan Labuan masingmasi­ng berharga RM5.50, lobak merah di Semenanjun­g (RM4.50), Sarawak (RM5) kecuali Limbang dan Lawas (RM6), Pantai Barat Sabah (RM5), Pantai Timur (RM7) dan Labuan (RM5).

Armizan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011. — Bernama

 ?? ?? LANCAR: Armizan (kiri) menunjukka­n senarai barang-barang yang diwartakan di bawah SHMMP Tahun Baharu Cina 2024 di SJK (C) Cheng Hwa Papar, semalam.
LANCAR: Armizan (kiri) menunjukka­n senarai barang-barang yang diwartakan di bawah SHMMP Tahun Baharu Cina 2024 di SJK (C) Cheng Hwa Papar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia