Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan kunci kesinambun­gan pembanguna­n negara, kata Doris

-

Pendidikan adalah kunci kesinambun­gan pembanguna­n negara, kata Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Justeru katanya, pendidikan perlu dititikber­atkan di setiap peringkat agar generasi yang dilahirkan dari institusi-institusi pendidikan negara berkualiti tinggi dan mampu bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.

“Anak-anak kita perlulah diberikan pendidikan yang sempurna. Jika tidak, kita akan terus ketinggala­n kerana pendidikan­lah yang mampu mengubah nasib bangsa kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Kemenjadia­n Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kerangas, Pantu kelmarin.

Seramai 100 murid sekolah itu menerima sijil dan hadiah dalam pelbagai kategori pada majlis tersebut.

Doris berkata, fokus terhadap pendidikan generasi muda tidak boleh berganjak daripada sasaran melahirkan

sekurang-kurangnya graduan lulusan universiti sama ada di peringkat diploma, sarjana muda mahupun sarjana.

“Cabaran yang berada di hadapan kita begitu besar jika anak-anak tidak dibekalkan dengan ilmu yang bakal menjadi aset penting untuk kehidupan di kemudian hari,” tegasnya.

Sementara itu, beliau

mengingatk­an ibu bapa agar mengambil berat pergerakan anak-anak selepas waktu persekolah­an dan memastikan mereka melakukan aktiviti berfaedah.

“Sebagai ibu bapa anda tidak seharusnya meletakkan tanggungja­wab menjaga anak-anak kita kepada pihak guru semata-mata sebaliknya kita perlulah memainkan

peranan yang sama.

“Kita sebagai ibu bapa haruslah memastikan anak-anak kita tidak melakukan aktiviti tidak sihat seperti melepak, terlibat dengan gengsteris­me dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama Guru Besar sekolah Cikgu Kanang dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Penghulu Angin.

 ?? ?? SELAMAT DATANG: Doris (duduk kiri) dan Kanang (duduk kanan) bersama-sama menandatan­gani buku pelawat semasa hadir pada majlis berkenaan.
SELAMAT DATANG: Doris (duduk kiri) dan Kanang (duduk kanan) bersama-sama menandatan­gani buku pelawat semasa hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia