Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa harus memberi perhatian, galakan dalam proses mendidik anak

-

Ibu bapa harus memberikan perhatian dan galakan dalam proses mendidik anak-anak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Menurutnya, ramai pelajar yang berjaya dalam pelajaran adalah hasil didikan cemerlang ibu bapa, guru dan pihak sekolah secara keseluruha­n.

“Sebagai ibu bapa, kita harus memberi galakan kepada anak-anak kita sehingga mereka mencapai apa yang mereka inginkan.

“Apa yang penting, apabila mereka sudah berjaya kelak, kita sebagai ibu bapa harus memberikan insentif kepada mereka sebagai pencetus semangat dan dorongan agar mereka lebih berjaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Kali Ke-32, Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman Sesi 2023/2024 di sini, kelmarin.

Dayang Noorazah berkata, ibu bapa perlu mengiktira­f bahawa pendidikan adalah teras utama bagi melahirkan

modal insan masa depan.

“Tanpa ilmu pengetahua­n yang mencukupi sukar untuk kita mencapai kejayaan yang cemerlang. Pendidikan adalah kunci untuk menjamin kesenangan di masa depan,” tambahnya.

Sementara itu, Dayang Noorazah turut menyeru ibu bapa supaya menabung untuk kegunaan anak-anak pada masa hadapan, khususnya apabila mereka melanjutka­n

pengajian ke peringkat tinggi.

“Kita sebagai ibu bapa seharusnya mengambil inisiatif untuk menabung sedikit wang bagi kegunaan masa depan anak-anak kita bermula dari sekarang.

“Kita tidak mahu kalau anak kita berjaya melanjutka­n pelajaran kelak, mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Wang tabungan sedikit

sebanyak dapat meringanka­n beban kita untuk membayar yuran pengajian mereka sementara menunggu pinjaman mereka diluluskan,” katanya.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Abdul Rahman Muhiyuddin, Guru Besar SK Agama Sri Aman Yahkup Rahim dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa serta Exco-Exco PIBG Azizuddin Jalaluddin.

 ?? ?? TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Dayang Noorazah (lima kanan), Yahkup (empat kanan) merakamkan kenangan bersama pelajar cemerlang dan guru kanan SK Agama Sri Aman pada majlis tersebut.
TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Dayang Noorazah (lima kanan), Yahkup (empat kanan) merakamkan kenangan bersama pelajar cemerlang dan guru kanan SK Agama Sri Aman pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia