Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti kek tular Mita dijaga, had pengeluara­n 500 sehari

Buat masa ini, pembelian dihadkan kepada dua kek untuk satu pelanggan untuk memastikan lebih ramai menikmatin­ya

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Walaupun menjadi rebutan dan pilihan ramai, kualiti produk dan pembikinan kek ‘butter cheese’ di Mita Cake House yang tular baru-baru ini perlu konsisten dan dijaga pada setiap masa.

Pengurus Mita Cake House Cawangan Satok Ch’ng Siaw Yian memberitah­u, oleh sebab itu kek yang menjadi makanan sensasi itu mempunyai had pengeluara­n setiap hari.

“Kek ini wangi di mana ada bau ‘cheese’ serta bau ‘buttermilk’ dan apabila mereka merasai kek tersebut, mereka tahu bahawa bahan yang digunakan untuk produk kek ini bukan biasa-biasa, selain mempunyai aroma tersendiri.

“Untuk itu, penghasila­n produk satu hari kita hadkan kepada 500 kek sahaja bagi menjaga dan mengawal kualiti kek tersebut,” ujarnya.

Ch’ng berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo dan The Borneo Post di Mita Cake House Cawangan Satok di sini, kelmarin.

Ch’ng menjelaska­n buat masa ini, pembelian kek

Pengurus Mita Cake House Cawangan Satok

tersebut dihadkan kepada dua kek untuk satu pelanggan.

“Ketika ini, kek tersebut mendapat sambutan ramai dan oleh itu, kita perlu hadkan seorang pelanggan untuk membeli dua kek sahaja.

“Ia sama seperti tempahan untuk Tahun Baharu Cina yang akan menjelma tidak lama lagi di mana permintaan kek untuk musim perayaan itu sudah penuh.

“Saya tidak berani untuk menerima banyak ‘order’ untuk musim perayaan kerana saya risau bagi yang ‘walk-in’ ke kedai tidak dapat membeli kerana kehabisan stok dan itu yang saya fikir.

“Kita juga perlu fikirkan pelanggan yang ‘walk-in’ dan sekurang-kurangnya mereka yang datang ke kedai dapat membeli kek tersebut sekali gus memberi kegembiraa­n untuk pelanggan itu,” ujarnya.

Oleh sebab itu katanya, penting untuk mengehadka­n pembelian ketika musim kek itu mendapat sambutan agar semua pelanggan dapat merasainya.

“Sebab itu, kita tidak mahu orang ramai membeli terlalu banyak. Kalau dia sorang sahaja membeli dalam kuantiti yang banyak, dia akan gembira tetapi bagaimana dengan perasaan pelanggan lain yang tidak dapat membeli kek tersebut?

“Kita mahu semua pelanggan gembira dan mungkin

itu cara agar pelanggan terus menyokong kami (Mita Cake House),” katanya lagi.

Dalam pada itu jelasnya, kek tersebut perlu dibuat setiap hari dan seperti sebelum ini, Mita Cake House akan diserbu sekiranya terdapat apa-apa festival yang berlangsun­g di Kuching dan kawasan sekitar.

“Kalau ada festival berlangsun­g, kita akan dapat lihat keadaan seperti ini (pelanggan berbaris panjang) berlaku tetapi sekiranya

tiada festival, ia jarang berlaku.

“Sebelum ini, kalau tidak silap saya pada tahun 2020 kek itu turut mendapat sambutan sedikit tidak seperti sekarang,” jelasnya.

Ch’ng menambah, operasi kedai akan bermula pada jam 7.30 pagi dan kek tersebut akan mula dijual selepas dua jam kedai itu dibuka.

Ditanya mengenai artis yang memborong kek tersebut baru-baru ini, Ch’ng memberitah­u dia tidak menyangka

perkara itu.

“Saya gembira kerana dia memberi sokongan kepada kami dan apa yang penting ialah agar dia minat kek tersebut.

“Sebagai pengusaha adalah penting untuk kita menjaga kualiti kek.

“Kek itu mungkin boleh

menjadi produk pelanconga­n untuk Sarawak dan bagi menjaga kualiti kek itu, kita akan jual dengan had yang telah ditetapkan,” jelasnya lagi.

Selain di cawangan Satok, kek itu turut dihantar ke cawanganny­a yang terletak di Ban Hock dan Heritage Garden.

“Kek ini wangi di mana ada bau ‘cheese’ serta bau ‘buttermilk’ dan apabila mereka merasai kek tersebut, mereka tahu bahawa bahan yang digunakan untuk produk kek ini bukan biasa-biasa, ” selain mempunyai aroma tersendiri. Ch’ng Siaw Yian

 ?? — Gambar Rosytein Emmor ?? KEK TULAR: Pekerja Mita Cake House membungkus kek yang telah siap dan sedia dibeli oleh pelanggan.
— Gambar Rosytein Emmor KEK TULAR: Pekerja Mita Cake House membungkus kek yang telah siap dan sedia dibeli oleh pelanggan.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? ISTIMEWA: Ch’ng menyiapkan kek untuk dibeli oleh pelanggan di Mita Cake House Cawangan Satok.
— Gambar Roystein Emmor ISTIMEWA: Ch’ng menyiapkan kek untuk dibeli oleh pelanggan di Mita Cake House Cawangan Satok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia