Utusan Borneo (Sarawak)

175 calon SPM, STPM SMK Kampung Nangka menghadiri Majlis Restu Ilmu

-

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Nangka baru-baru ini mengadakan Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM 2024 untuk calon-calon yang bakal menduduki peperiksaa­n tersebut.

Pengetua SMK Kampung Nangka Azlinda Mohd Nor berkata, seramai 144 calon SPM dan 31 calon STPM Semester 3 terlibat dalam program tersebut.

Menurutnya, matlamat utama program itu bagi mewujudkan hubungan dan kerjasama dua hala kalangan ibu bapa dan guru-guru.

“Selain itu, pelajar-pelajar mendapat restu dan sokongan emosi daripada ibu bapa dan guru-guru sebelum melangkah masuk ke bilik peperiksaa­n. Ia juga mewujudkan kerjasama dan komitmen ibu bapa atau penjaga dalam membantu anak-anak mereka mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaa­n SPM dan STPM,” katanya pada majlis tersebut.

Di samping itu, Azlinda turut menjelaska­n ibu bapa wajib memberi perhatian lebih kepada anak-anak terutamany­a dalam hal-hal keselamata­n dalam tempoh genting ini.

“Anak-anak perlu dipantau dengan teliti dan disayangi sepenuhnya semasa tempoh persediaan untuk memastikan mereka betul-betul bersedia menghadapi peperiksaa­n,” jelasnya.

Beliau berkata, pelbagai program dilaksanak­an oleh pihak sekolah sepanjang tahun bagi membantu calon-calon SPM dan STPM mencapai keputusan terbaik mengikut potensi anak masing-masing.

“Antara program dilaksanak­an ialah Kelas OMP (Operasi Meningkatk­an Prestasi) pada waktu petang, Program 3R pada Sabtu, Program Sentuhan Kasih bersama ibu bapa calon SPM, Mumtaz Ilmu dan lain-lainyang dilaksanak­an pada sesi persekolah­an 2023/2024.

“Ini bagi merealisas­ikan matlamat sekolah kami pada tahun ini iaitu memperbaik­i Gred Purata Sekolah (GPS) berbanding tahun lalu,” katanya.

Pihak sekolah turut menjemput pakar motivasi terkenal iaitu Rahmat Johari atau lebih dikenali Kapten RJ mengendali­kan program tersebut. Banyak tips dan rahsia kejayaan dikongsika­n oleh penceramah kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar.

Semua peserta program mendapat suntikan semangat dan keyakinan melakukan terbaik bagi membantu mereka mencapai kejayaan dalam peperiksaa­n ini.

Pihak sekolah juga menjemput Pegawai Perhubunga­n sekolah, Inspektor Mohd Sazwan Azhar dan Sarjan Dunggok Lakin dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk menyampaik­an ceramah ringkas berkaitan Kempen Anti-Buli dan Gangguan Seksual kepada ibu bapa dan pelajar.

 ?? ?? SEMOGA BERJAYA: Ibu bapa merestui anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaa­n pada majlis tersebut.
SEMOGA BERJAYA: Ibu bapa merestui anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaa­n pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia