Utusan Borneo (Sarawak)

SGGS bakal anjur Persidanga­n Penuaan Aktif pada 16-17 Mac

-

KUCHING: Persatuan Gerontolog­i dan Geriatrik Sarawak (SGGS) bakal menganjurk­an Persidanga­n Penuaan Aktif pada 16 dan 17 Mac depan di Hotel Imperial, di sini.

Menurut kenyataan SGGS semalam, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada 30 Januari lalu berhubung persidanga­n itu.

Pertemuan telah diketuai oleh Presidenny­a Denis Tan bersama pengerusi penganjur persidanga­n Dunstan Chan dan lain--lain.

“Tema persidanga­n ini adalah ‘Penuaan Aktif: Minda, Badan, Roh.’ Ini adalah acara yang memberi inspirasi yang memfokuska­n kepada penuaan holistik, di mana pakar dan warga emas serta rakan berkumpul untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka,” kata Denis.

Antara penceramah terkemuka yang mengetuai perbincang­an tersebut adalah Dr Cecilia Chan (minda), Dr Allen Power (minda), Charles Barton B.Ed. N.D. (kesejahter­aan), Easter Sim (senaman), Gary Tho (senaman), George Tay (muzik dan nyanyian), Michael Tan (pengurusan kewangan untuk senior), Chan Siew Yan (penulisan wasiat), Dr Andrew Kiyu (umur ketiga), Maimunah Natasha (semangat) dan Dr Sally Suriani Ahip (pakar geriatrik komuniti).

Salah satu acara kemuncak ialah Makan Malam Gala yang mempamerka­n pelbagai acara menarik, antaranya Tarian Kebudayaan Sarawak, Koir Kuching, perarakan fesyen pelbagai etnik, persembaha­n tarian ‘Saya gembira’ oleh warga emas, ‘Nga Chi’ yang unik (gabungan dua bentuk seni tradisiona­l), bunyi Sarawak oleh Mathew Ngau (Doyen and Grand-master of Sape’), Liling ne lan, tarian oleh para penari Persatuan Wanita Kayan.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan dan pemberian dermawan daripada Datuk Amar Dr Sim. Timbalan Premier Sarawak juga mencadangk­an bagaimana dan di mana mendapatka­n tajaan untuk acara kami,” ujarnya lagi.

Untuk butiran lanjut, semak laman web SGGS.

 ?? ?? PERTEMUAN: (Dari kiri) David Wang, Denis Tan, Dr Sim, Dunstan Chan, Eric Tan dan Lily Tiong merakamkan kenangan.
PERTEMUAN: (Dari kiri) David Wang, Denis Tan, Dr Sim, Dunstan Chan, Eric Tan dan Lily Tiong merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia