Utusan Borneo (Sarawak)

DVSS adakan vaksinasi antirabies di daerah Sebauh hujung minggu ini

-

Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (DVSS) akan menjalanka­n vaksinasi antirabies secara percuma untuk anjing bulan ini bagi membendung penularan penyakit itu di daerah Sebauh.

Program itu akan dijalankan dari rumah ke rumah pada 3 dan 4 Februari (Sabtu dan Ahad) dari jam 2 hingga 5 petang (Sabtu) dan dari jam 8 pagi hingga 5 petang (Ahad).

Ketua Perkhidmat­an Veterinar Bahagian Bintulu Dr Naziah Muntil berkata, sebanyak 25 rumah panjang dipilih untuk program tersebut.

Rumah panjang itu terdiri daripada Rumah Penghulu Chin Gawing, Agnes Mampak Mandaw, Bare Langie, Bunyau Liban, Divid Asson, Edi Makin, Egar Andil,

Entiri Chaong, Gani Lansam, Gendin Metan, Gini Utiat, Joseph Sada Ingan, Leslie Wilson Empeni, Maisie Jambai, Malang Juni, Meni Cili, Ningkan Lansam, Nikoli Melly Juna, Patrick Andin Uli, Penga Mandaw, Ronnie Ugat Ngah, Taga Nawoh, Thomas Nyaring, Timban Metan dan Jawang Mat.

“Sebuah tempat lagi adalah Kuarters Kerajaan Negeri Daerah Sebauh,” katanya dalam surat edaran di sini kelmarin.

Menurutnya, pemilik haiwan peliharaan terbabit diingatkan supaya memastikan anjing mereka berumur sekurang-kurangnya tiga bulan dan sihat sebelum mendapatka­n vaksin antirabies.

“Mereka juga mesti membawa MyKad dan jika ada, kad vaksinasi haiwan kesayangan mereka.

Selepas vaksinasi, pemilik haiwan peliharaan mesti mengasingk­an anjing mereka selama 28 hari bagi meningkatk­an imuniti terhadap rabies,” jelasnya.

Beliau berkata, mereka juga dinasihatk­an tidak memberi mandi sekurang-kurangnya seminggu selepas vaksinasi dan tidak membiarkan anjing berkeliara­n dengan bebas di tempat awam.

DVSS menyatakan, semua pemilik haiwan peliharaan di Sarawak mesti memberi vaksin rabies kepada anjing mereka setiap tahun mengikut Perintah Vaksinasi Anti-Rabies. Mereka yang gagal mematuhi ini dianggap sebagai kesalahan di bawah Seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dikenakan denda tidak melebihi RM2,500.

Jabatan itu juga memberi amaran anjing yang didapati tanpa bukti vaksinasi boleh ditahan.

Pada 16 Januari lalu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi mengisytih­arkan Bintulu dan Kuching sebagai kawasan dijangkiti rabies.

Pada 26 Januari, Pengarah Kesihatan Negeri ketika itu Dr Ooi Choo Huck mengumumka­n tiga kematian baharu dikaitkan dengan rabies tahun ini iaitu dua di Kuching dan satu di Bintulu.

Pesakit di Bintulu ialah seorang lelaki berusia 61 tahun dari Sebauh dicakar anjing dan kucing peliharaan­nya tahun lalu, namun tidak menerima rawatan sehingga lemah dan sukar menelan cecair pada 5 Januari lalu.

Haiwan peliharaan­nya bebas berkeliara­n dengan haiwan terbiar dan tidak seekor pun diberi vaksin rabies dan lelaki terbabit meninggal dunia pada 12 Januari lalu.

Pemilik haiwan peliharaan terlepas program vaksinasi antirabies percuma boleh menghubung­i pejabat bahagian DVSS pada waktu pejabat untuk temu janji bagi mendapatka­n vaksinasi anjing.

Mereka boleh menghubung­i pejabat veterinar bahagian di Kuching di talian 082-628249, 082-628250 atau 082-628255, Serian (019-2045829), Samarahan (082-671221), Sri Aman (083322106), Betong (083-471622), Sarikei (084-658129), Sibu (084330224), Kapit (084-798280), Mukah (084-871050), Bintulu (086-335770), Miri (085-411866), Limbang (085-215879) dan Lawas (085-285085).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia