Utusan Borneo (Sarawak)

Kelalaian, kecuaian pemandu penyebab utama kemalangan

Faktor tersebut menyumbang 85% kes kemalangan tahun lalu

- Oleh Hamkar Sarbinee Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Kelalaian dan kecuaian pemandu adalah faktor utama kemalangan jalan raya di negeri ini sepanjang 2023.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, faktor itu menyumbang 85 peratus kepada jumlah kes kemalangan jalan raya tahun lalu berdasarka­n rekod Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Menurutnya, selain itu, 10 peratus lagi berlaku kemalangan disebabkan oleh pertambaha­n jumlah kenderaan di jalan raya, manakala lima peratus disebabkan oleh faktor cuaca dan bentuk muka bumi.

“Oleh sebab itu, kerajaan

Sarawak memandang serius dan menitikber­atkan keselamata­n pengguna jalan raya di negeri ini.

“Kerajaan turut memastikan pengguna jalan raya sentiasa dididik mengenai pentingnya mematuhi peraturan jalan raya dan menyemai sikap mengamalka­n pemanduan berhemah sepanjang masa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Kuching sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Stesen Petronas Sungai Maong di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Dr Jerip Susil, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan

(MBKS) Dato Wee Hong Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Ir Lo Khere Chiang dan tetamu yang lain.

Dr Sim memberitah­u, jumlah kemalangan tahun lalu meningkat apabila merekodkan 21,418 kes berbanding 19,507 kes pada 2022.

“Daripada jumlah itu, kes kemalangan maut membabitka­n 378 kes, kemalangan parah (150 kes), kemalangan ringan (327 kes) manakala kemalangan rosak (20,563 kes),” jelasnya.

Justeru katanya, Majlis Keselamata­n Jalan Raya Sarawak (MKJRS) dengan kerjasama Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) dan Pejabat Residen Bahagian Kuching mengadakan kempen tersebut sempena perayaan Tahun

Baru Cina tidak lama lagi.

Tujuan program ialah memberikan kesedaran keselamata­n jalan raya dan mengurangk­an kadar kemalangan, tambahnya.

“Ini sekali gus mengurangk­an kes kematian akibat kemalangan disebabkan kecuaian pemandu khasnya pada musim perayaan.

“Oleh itu, MOTS dan MKJRS mengambil inisiatif memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya mengenai kepentinga­n menitikber­atkan aspek keselamata­n semasa berada di jalan raya,” katanya.

Dalam pada itu, golongan sasaran kempen tersebut ialah pemandu kenderaan, penunggang motosikal dan pemandu serta penunggang p-hailing dan e-hailing.

“Kerajaan turut memastikan pengguna jalan raya sentiasa dididik mengenai pentingnya mematuhi peraturan jalan raya dan menyemai sikap mengamalka­n ” pemanduan berhemah sepanjang masa. Datuk Amar Dr Sim Kui Hian

 ?? — Gambar UKAS ?? TERIMALAH: Dr Sim menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang pemandu kenderaan semasa program tersebut.
— Gambar UKAS TERIMALAH: Dr Sim menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang pemandu kenderaan semasa program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia