Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kereta kemalangan akibat serpihan batu di atas jalan raya

Kesemua mangsa selamat, tidak mengalami sebarang kecederaan

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah Ketua Bahagian Penyiasata­n Kebakaran JBPM Zon 6 Miri

MIRI: Tiga kereta terbabit kemalangan di Jalan PermySenad­in di sini malam kelmarin selepas dipercayai cuba mengelak serpihan batu yang bertaburan di atas jalan raya.

Kerja-kerja pembersiha­n menggunaka­n satu aliran salur bantu mula dari jentera BBP Lopeng dan satu aliran salur bantu mula dari jentera BBP Lutong.

Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal

Ketua Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit pada jam 8.13 malam.

“Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat

(BBP) Lopeng bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 17 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian didapati berlakunya kemalangan melibatkan tiga kenderaan dipercayai akibat serpihanse­rpihan batu di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Awangku Mohd Hazmin menjelaska­n, semasa ketibaan bomba di lokasi didapati kesemua mangsa kemalangan telah berjaya menyelamat­kan diri dari kenderaan masingmasi­ng dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Setelahpem­eriksaandi­buat, bomba menjalanka­n pembersiha­n di permukaan jalan yang terdapat serpihan batu.

“Kerja-kerja pembersiha­n

menggunaka­n satu aliran salur bantu mula dari jentera BBP Lopeng dan satu aliran salur bantu mula dari jentera BBP Lutong.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi didapati selamat, operasi ditamatkan pada jam 9.35 malam,” ujarnya.

Dalam pada itu, operasi berkenaan turut dibantu sepasukan enam anggota dari BBP Lutong.

 ?? ?? OPERASI: Anggota bomba sedang membersihk­an permukaan jalan yang terdapat serpihan batu.
OPERASI: Anggota bomba sedang membersihk­an permukaan jalan yang terdapat serpihan batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia