Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal nelayan tempatan tangkap ikan di luar zon dibenarkan ditahan

-

Sebuah kapal nelayan tempatan yang menjalanka­n aktiviti menangkap ikan di luar zon yang dibenarkan iaitu pada jarak lebih kurang 2.95 batu nautika barat Tanjung Payung, Bintulu telah ditahan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu pada jam 7.20 pagi kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kapten Maritim Mohd Iszuadi Mohamad Hassan berkata, kapal nelayan kelas C terbabit dalam keadaan mencurigak­an dikesan sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan semasa aset Maritim Malaysia melaksanak­an operasi pemantauan.

Katanya, kapal nelayan itu ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai serta menggunaka­n peralatan perikanan yang tidak dibenarkan seperti yang termaktub dalam

syarat lesen.

“Selain itu, kru kapal nelayan tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaa­n dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Hasil pemeriksaa­n dan penggeleda­han katanya, mendapati empat kru termasuk tekong adalah lelaki warga Indonesia berumur dalam lingkungan 27 hingga 54 tahun berada di atas kapal tersebut ketika ditahan.

“Kesemua kru bersama kapal tersebut diiring ke

Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Ini merupakan tangkapan kedua di Sarawak dalam bulan ini melibatkan kapal nelayan tempatan yang melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan di luar zon perikanan yang dibenarkan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa mengingatk­an semua komuniti maritim agar mematuhi undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan orang ramai boleh melaporkan­nya ke Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254, Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 ?? ?? DITAHAN Antara kru nelayan yang bekerja di atas kapal yang ditahan.
DITAHAN Antara kru nelayan yang bekerja di atas kapal yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia