Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didenda RM10,800 akibat curi, lupuskan penutup lurang

-

Seorang lelaki didenda sejumlah RM10,800 atau penjara 25 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencuri penutup lurang di beberapa stesen minyak dan satu pertuduhan melupuskan penutup lurang dicuri.

Delbanie Disun, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan, Nursyaheeq­a Nazwa Radzali dan Syarifah Fatimah Azura Wan Ali dalam prosiding berasingan semalam.

Bagi empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikutem­patpertudu­han, tertuduh mencuri enam penutup lurang di beberapa stesen minyak iaitu satu unit di Green Road, empat unit di Jalan Tun AbdulRahma­nYaakubdan­dua unit di Jalan Kulas, antara jam 12 tengah hari dan 3.18 petang pada 6 dan 10 Januari 2024.

Mason menjatuhka­n hukuman denda RM4,300 atau 13 bulanpenja­rabagipert­uduhan pertama dan kedua, manakala Nursyaheeq­a menjatuhka­n hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan ketiga.

Bagi pertuduhan keempat, Syarifah Fatimah menjatuhka­n hukuman denda RM2,500 ke atas Delbanie atau penjara lima bulan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kelima, Delbanie didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan empat penutup lurang yang dicuri dengan menjualnya di sebuah pusat kitar semula di Jalan Pending pada 10 Januari 2024.

Atas kesalahan itu, Syarifah Fatimah menjatuhka­n hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara ke atas Delbanie.

Kes didakwa secara berasingan oleh Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin dan Inspektor Ammarsofi Yusoff.

Delbanie tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia