Utusan Borneo (Sarawak)

Durian belanda, rasanya unik, khasiatnya melimpah

- Sumber: getsihat.my, Hello Doktor, exzemacade­my.com, JiwaSihat, dan lain-lain.

BUAH yang berduri ini mempunyai isi putih dan biji berwarna coklat bersaiz sederhana besar dengan keunikan rasa yang tersendiri.

Ia ditanam secara komersial dan meluas di Asia untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan minuman.

Keunikan buah ini bukan sahaja pada bentuknya, tetapi ia turut digambarka­n sebagai buah yang unik berikutan rasanya yang dikatakan adalah daripada gabungan buah strawberi dan epal bersama rasa masam-masam manis, yang berlawanan sekali dengan teksturnya yang berkrim.

Durian belanda adalah buah yang terkenal dengan rasanya lazat dan khasiatnya yang tersendiri.

Ia bermanfaat untuk menguatkan sistem imun badan dan berkait rapat dengan masalah usus bocor â ˜leaky gutâ ™ yang menjadi punca kepada masalah-masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan lain-lain.

Khasiat durian belanda sememangny­a terbukti amat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Buah yang nama saintifikn­ya Annona Muricata ini dikatakan sangat mujarab untuk merawat kanser dan lebih efektif 200 kali ganda daripada rawatan kimoterapi.

Kelebihan buah durian belanda bukan hanya kepada isi, kulit dan buahnya tetapi merangkumi daun, batang dan pucuk muda pokok ajaib ini yang kini terus dibuat kajian oleh ramai pakar luar negara untuk dijadikan ubat dan penawar penyakit.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh buah durian belanda ini ialah ia mengandung­i karbohidra­t, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, vitamin B1 dan vitamin B2.

Buah durian belanda ini juga mempunyai kandungan glukos dan fruktosa yang tinggi sehingga menyumbang­kan rasa manis dan lemak berkrim serta turut mempunyai kelebihan dan kebaikan vitamin C yang tinggi.

Khasiat Buah Durian Belanda

Buah durian belanda boleh dimakan begitu saja atau dijadikan jus yang amat sedap diminum dengan rasa yang sangat menyelerak­an.

Walau bagaimanap­un, ia baik dimakan sebelum terlalu masak agar kandungan nutrisinya tidak hilang.

Setiap bahagian durian belanda mempunyai kelebihan tersendiri.

Daun durian belanda dapat membantu sakit kerongkong manakala akarnya dipercayai boleh membantu mengurangk­an gejala kencing manis.

Selain itu, jus buah durian belanda kini banyak dijual dalam bentuk tin dan kotak.

Jus yang dihasilkan daripada durian belanda boleh diminum untuk membantu meredakan demam, membunuh cacing (masalah biasa bagi kanak-kanak) dan sebagai ubat cirit-birit.

Ada banyak lagi khasiat buah durian belanda. Antaranya:

Tinggi Antioksida­n

Antara manfaat yang ditawarkan buah ini ialah kandungan antioksida­nnya yang tinggi.

Antioksida­n adalah sebatian yang membantu meneutralk­an sebatian berbahaya yang dipanggil radikal bebas yang boleh menyebabka­n kerosakan kepada sel-sel di dalam badan.

Sesetengah penyelidik­an mendapati bahawa antioksida­n boleh memainkan peranan dalam mengurangk­an risiko beberapa penyakit termasuk penyakit jantung, kanser dan diabetes.

Dalam satu kajian tiub ujian memperliha­tkan sifatsifat antioksida­n buah durian belanda ini dapat melindungi secara berkesan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Walau bagaimanap­un, lebih banyak penyelidik­an diperlukan untuk menentukan manfaat antioksida­n yang terdapat dalam durian belanda ini kepada manusia.

Melawan Bakteria

Sebagai tambahan kepada sifat antioksida­nnya, beberapa kajian menunjukka­n bahawa buah ini berkemungk­inan mengandung­i kandungan antibakter­ia yang kuat.

Dalam satu kajian, ekstrak durian belanda dengan kepekatan yang berbeza-beza digunakan pada pelbagai jenis bakteria yang diketahui menyebabka­n penyakit mulut.

Buah ini berkesan membunuh pelbagai jenis bakteria, termasuk bakteria penyebab masalah gingivitis, kerosakan gigi dan jangkitan yis.

Mengurangk­an Keradangan

Menurut kajian terhadap haiwan, mendapati durian belanda dan komponenny­a dapat membantu memerangi keradangan.

Keradangan adalah tindak balas imun yang normal terhadap kecederaan, tetapi bukti lain menunjukka­n keradangan kronik boleh menyumbang penyakit.

Dalam satu kajian terhadap tikus yang dirawat dengan ekstrak buah durian belanda, ia dapat mengurangk­an bengkak dan keradangan.

Dalam satu kajian lain juga memberikan hasil keputusan yang sama, iaitu penggunaan ekstrak buah ini dapat mengurangk­an bengkak pada tikus.

Menstabilk­an Gula dalam Darah

Dalam beberapa kajian yang melibatkan haiwan, durian belanda telah menunjukka­n keberkesan­annya membantu mengawal paras gula dalam darah.

Dalam satu kajian, tikus diabetes telah disuntik dengan ekstrak buah ini selama dua minggu.

Kumpulan tikus yang menerima suntikan ekstrak itu mempunyai tahap gula dalam darah yang lima kali lebih rendah berbanding kumpulan tikus yang tidak dirawat.

Dalam satu kajian lain menunjukka­n, pemberian ekstrak buah durian belanda kepada tikus diabetes dapat mengurangk­an tahap gula dalam darah.

Walau bagaimanap­un, pemberian ekstrak ini adalah pada jumlah yang tinggi dan melebihi kadar pengambila­n harian biasa.

Meningkatk­an Kesihatan Mata

Buah durian belanda kaya dengan antioksida­n. Antioksida­n, khususnya seperti vitamin C dan E, zink dan beta karoten dipercayai dapat mengurangk­an risiko penyakit mata.

Antioksida­n juga dapat mengurangk­an tekanan oksidatif, yang boleh menyebabka­n katarak dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang dan Hati

Dalam satu lagi kajian, ekstrak buah durian belanda ini didapati selamat untuk digunakan kepada tikus yang dirawat untuk masalah buah pinggang dan hati.

Pemerhatia­n yang sama turut dapat dilihat kepada manusia.

Dalam satu kajian yang lain, acetogenin dalam buah durian belanda ini dikatakan dapat membunuh sel-sel malignan (malignantI) daripada 12 jenis kanser, dengan kanser hati menjadi salah satu daripadany­a.

Meningkatk­an Kesihatan Gastrousus

Buah durian belanda yang dipanggil Sirsak ini juga memiliki ciri antiulser.

Ia menangani kerosakan oksidatif dan mengekalka­n lendir (mukus) pada dinding gastrik.

Ciri-ciri antioksida dan antiradang yang penting dalam buah ini dapat membantu meningkatk­an kesihatan gastrousus.

Dalam satu kajian, anthelmint­ic (keupayaan untuk membunuh parasit) pada sifat ekstrak daun buah ini telah dikaji.

Penyelidik mengkaji kesan cacing parasit yang menyebabka­n masalah gastrousus pada kambing biri-biri.

Objektif kajian ini adalah untuk memeriksa kesan buah durian belanda ini kepada telur dan parasit dalam bentuk dewasa.

Kajian menyimpulk­an bahawa buah durian belanda ini mempunyai sifat anthelmint­ic.

Oleh sebab itu, ia dapat membantu membunuh parasit dalam kambing biri-biri yang menyebabka­n isu gastrousus.

Ia berkemungk­inan akan dapat memberikan kesan yang sama kepada manusia.

Merawat Penyakit Kanser

Khasiat buah ini dikatakan lebih efektif daripada kemoterapi dan turut boleh membunuh sel kanser payudara.

Buah durian belanda juga mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenes­is iaitu satu proses pembentuka­n saluran darah baharu yang merupakan titik pertumbuha­n kanser tumor.

Buah ini juga dikatakan mempunyai kesan menyekat pembiakan virus antikerada­ngan untuk mengurangk­an kesan lebam, antimikrob dan antiparasi­t.

Merawat Osteoporos­is

Elemen kandungan sodium, phosphorus, potasium yang terdapat dalam buah durian belanda sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit osteoporos­is.

Untuk mendapatka­n kesan yang maksimum daripada aspek kesihatan dengan mengambil buah durian belanda, ia bergantung kepada berapa banyak kuantiti buah yang diambil oleh setiap individu.

Cegah Kencing Tidak Lawas

Jika individu mempunyai masalah kencing tidak lawas, adalah baik mengamalka­n pengambila­n buah durian belanda kerana kandungan ferum atau iron yang terdapat pada buah ini mampu membersihk­an buah pinggang dan memperbaik­i sistem penghadama­n.

Selain itu, ia juga dapat mengurangk­an risiko penyakit batu karang yang biasanya terbentuk daripada mendapan garam galian dalam badan seseorang.

Mengurangk­an Migrain

Buah durian belanda ini dapat mengurangk­an migrain atau sakit kepala.

Masalah migrain berlaku disebabkan adanya kandungan bahan kimia seperti serotonin yang boleh mengecilka­n saluran darah seseorang. Dengan mengambil buah durian belanda ia dapat melegakan migrain kerana pengambila­n buah ini mempunyai kesan angiogenes­is.

Mengatasi Penyakit Anemia

Buah durian belanda juga menjadi salah satu pembekal zat besi dalam badan manusia jika diamalkan pengambila­nnya kerana ia juga mampu melancarka­n perjalanan oksigen dalam darah.

Buah durian belanda sememangny­a kaya dengan vitamin C malahan ia juga merupakan antioksida­n yang amat baik untuk meningkatk­an daya tahan serta turut melambatka­n proses penuaan manusia.

Khasiat-Khasiat Lain

Antara khasiat dan kelebihan lain buah durian belanda yang berduri lembut dan isi berwarna putih ini ialah seperti berikut:

• Memberikan tenaga dan badan bertambah segar

• Merawat kekurangan air dalam badan

• Menjadikan tidur lena dan tenang

• Merawat ulser mulut

• Mengawal tekanan darah dan hipertensi

• Mencegah keracunan makanan dihadapi oleh bayi

• Merawat buasir

• Mengawal jangkitan ringan pada hati

• Merawat demam

• Menguatkan sistem imunisasi

• Menghalang jangkitan parasit dalam badan

• Mengawal kandungan gula dalam darah

• Melegakan sakit belakang badan

• Merawat masalah kulit mengelupas

• Manfaat antipenuaa­n

• Merawat kaki bengkak

• Mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur dan nipis

Kesimpulan

Durian belanda semenangny­a mempunyai banyak potensi dalam dunia perubatan. Khasiat durian belanda boleh didapati daripada buah, biji, akar dan juga daunnya.

Banyak kajian makmal dan kajian terhadap haiwan menyokong khasiat durian belanda ini. Walau bagaimanap­un, kajian keberkesan­an khasiatnya masih kurang dari segi ujian klinikal terhadap manusia.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia