Utusan Borneo (Sarawak)

SIRIM lancar pensijilan, pengujian terhadap selimut kebakaran EV

Selimut kebakaran tersedia di pasaran memenuhi kriteria ujian

- Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri

SHAH ALAM: SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd semalam melancarka­n pensijilan dan pengujian terhadap selimut kebakaran kenderaan elektrik (EV) sebagai komitmen prokeselam­atan kerajaan dalam pembanguna­n ekosistem kenderaan berkenaan.

Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelancaran pensijilan serta perkhidmat­an terbaharu itu susulan peningkata­n jumlah kenderaan elektrik di dalam negara ini.

“Selain itu, perkhidmat­an terbaharu itu juga ialah komitmen SIRIM (SIRIM Berhad) dalam menyokong garis panduan perancanga­n pengecasan kenderaan elektrik kerajaan, seperti yang ditetapkan oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n demonstras­i penggunaan selimut kebakaran EV oleh pihak SIRIM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini semalam, yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Hairil Yahri Yaacob, Pengerusi SIRIM Datuk Dr Khairol Anuar Mohamad Tawi serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad.

Mengulas mengenai ujian terhadap produk berkenaan, Tengku Zafrul berkata pihaknya komited dalam memastikan bahawa selimut kebakaran yang tersedia di pasaran memenuhi kriteria ujian yang diperlukan bagi standard EN 13501-1.

“Apa yang penting, selimut kebakaran itu berupaya untuk menahan api dan mengurangk­an pembebasan gas serta asap toksik, selain menerusi ujian prestasi selimut berkenaan mampu menahan suhu daripada 1000 °C.

“Kita di MITI (Kementeria­n Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri) juga akan memastikan produk keselamata­n ini ada di pasaran dan menepati syarat-syarat serta piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM,” katanya dan menambah kos seunit

selimut kebakaran EV kira-kira RM4,800 hingga RM5,000.

Beliau berkata SIRIM juga dalam proses untuk merangka piawaian keselamata­n selimut kebakaran untuk industri bagi membolehka­n garis panduan berkenaan diguna pakai oleh pihak pelabuhan dan pengendali logistik membabitka­n kenderaan jenis sama.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata pihaknya juga bercadang untuk mewajibkan setiap operator stesen pengecas EV mempunyai selimut kebakaran terbabit.

“Cadangan ini perlu dibincangk­an dengan pihak KPKT terlebih dahulu, kita akan bangkitkan dalam mesyuarat Jawatankua­sa EV nanti. Sekurang-kurangnya, ia bermula di kawasan yang berisiko tinggi,” katanya. — Bernama

Selain itu, perkhidmat­an terbaharu itu juga ialah komitmen SIRIM (SIRIM Berhad) dalam menyokong garis panduan perancanga­n pengecasan kenderaan elektrik kerajaan, seperti yang ditetapkan oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

 ?? — Gambar Bernama ?? DEMONSTRAS­I: Tengku Zafrul (lima kiri) menyaksika­n demonstras­i pemadaman api ke atas kenderaan bagi kereta elektrik menggunaka­n selimut pemadam api di SIRIM Seksyen 14 di Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama DEMONSTRAS­I: Tengku Zafrul (lima kiri) menyaksika­n demonstras­i pemadaman api ke atas kenderaan bagi kereta elektrik menggunaka­n selimut pemadam api di SIRIM Seksyen 14 di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia