Utusan Borneo (Sarawak)

Isu pemilikan akaun kanak-kanak bawah umur akan dibincang dengan TikTok

- KUANTAN:MenteriKom­unikasi

Fahmi Fadzil berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu dipertimba­ng untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial tersebut.

Beliau berkata terdapat sedikit kerisauan berhubung pemilikan akaun TikTok oleh golongan terbabit selain garis panduan komuniti media sosial tersebut menyatakan kanakkanak bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun di platform itu.

“Tetapi berdasarka­n pengalaman, termasuk mereka di kawasan saya (Parliman Lembah Pantai), ramai pelajar sekolah rendah yang ada akaun TikTok. Ini suatu keadaan yang amat menggusark­an dan merisaukan.

“Ada beberapa trend yang tidak baik yang kita lihat tular di media sosial termasuk TikTok dan kanak-kanak boleh terikut. Saya rasa kita perlu awasi apa yang anakanak layari bila menggunaka­n Internet.

“Kita mungkin perlu memanggil pengurusan TikTok untuk mendapatka­n penjelasan dari segi penguatkua­saan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat ke atas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md

Isa.

Selain itu, Fahmi berkata beliau juga akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara jika perlu mengambil tindakan perundanga­n terhadap pengurusan TikTok berhubung pemilikan akaun oleh kanak-kanak, seperti yang telah dilakukan negara luar.

Ditanya jika TikTok telah melakukan penambahba­ikan selepas dinyatakan pematuhan operasinya terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan perlu diperbetul­kan sebelum ini, Fahmi berkata: “Mereka telah memperbaik, namun tindakan berkaitan sedang diteliti bersama Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kita sudah ada beberapa pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara dan sedang teliti beberapa aspek dan akan bawa satu memorandum Jemaah Menteri untuk diputuskan sebelum kita mengambil tindakan,” katanya.

Fahmi berkata tindakan itu dibuat kerana berlaku penyalahgu­naan media sosial itu antaranya dalam isu seperti ekstremism­e, fahaman agama melampau, budaya takfiri dan isu yang boleh menjejaska­n keharmonia­n negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? URUSAN KERJA: Fahmi bersama Wan Rosdy (kiri) sempena lawatan beliau ke Pahang di Pejabat Menteri Besar di Kuantan, semalam. Turut kelihatan Teo (tengah).
— Gambar Bernama URUSAN KERJA: Fahmi bersama Wan Rosdy (kiri) sempena lawatan beliau ke Pahang di Pejabat Menteri Besar di Kuantan, semalam. Turut kelihatan Teo (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia