Utusan Borneo (Sarawak)

Laporkan kepada KPM jika berlaku pemotongan BAP

- — Bernama

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta semua pihak, terutama ibu bapa, untuk melaporkan kepada Kementeria­n Pendidikan (KPM) sekiranya berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolah­an (BAP) oleh pihak sekolah.

Beliau berkata hal ini kerana bantuan sebanyak RM150 bagi setiap murid itu perlu disalurkan sepenuhnya kepada ibu bapa tanpa sebarang bentuk pemotongan.

“Tidak boleh dipotong (bantuan ini). BAP mestilah sampai ke tangan ibu bapa dengan jumlah yang diberikan oleh kerajaan (RM150). Mudah-mudahan, dengan BAP ini dapat kita ringankan beban ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini semalam.

Mediabaru-baruinimel­aporkan mengenai perkongsia­n menerusi laman X yang mendakwa pihak ibu bapa hanya mendapat RM50 daripada keseluruha­n RM150 yang diperuntuk­kan bagi BAP.

Kelmarin,TimbalanMe­nteri Pendidikan­WongKahWoh­dilaporkan­berkatatia­dasebarang aduan atau laporan diterima melibatkan pemotongan wang BAP oleh pihak sekolah sejak ia diagihkan di seluruh negara bermula 10 Jan lepas.

Menurut Wong, sebanyak RM788.17 juta BAP diperuntuk­kan kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara yang dijangka selesai diagihkan menjelang 10 Feb ini.

Pada majlis semalam, Fadhlina turut menyerahka­n cek cura BAP berjumlah RM127,311,600 kepada Pengarah Pendidikan Selangor Dr Jafri Abu untuk disalurkan kepada 848,744 murid di 933 sekolah di negeri itu.

Menurut beliau, Selangor mempunyai bilangan penerima BAP yang tertinggi kerana mempunyai jumlah murid paling ramai di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia