Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu kepada penembak sekolah AS beri keterangan pada perbicaraa­n

-

Ibu kepada seorang remaja lelaki yang menembak mati empat pelajar di sekolah tinggi Michigan telah dihadapkan kelmarin dalam perbicaraa­n berprofil tinggi atas tuduhan pembunuhan tanpa niat.

Jennifer Crumbley dan suaminya, James, merupakan ibu bapa pertama kepada seorang penembak sekolah yang berdepan dakwaan feloni di Amerika Syarikat (AS) bagi tindakan oleh anak mereka, menurut pihak pendakwa.

Ethan Crumbley, 17, anak lelaki mereka, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup bagi kejadian tembakan pada 30 November, 2021 di Oxford High School yang mengakibat­kan empat pelajar berusia di antara 14 dan 17 tahun maut serta enam pelajar dan seorang guru tercedera.

Pasangan Crumbley telah dituduh membeli untuk anak lelaki mereka pistol 9mm SIG Sauer yang dia telah gunakan dalam kejadian tembakan dan mengabaika­n amaran bahawa dia mempunyai masalah kesihatan mental.

James Crumbley telah dibicaraka­n secara berasingan pada Mac.

Jennifer Crumbley memberikan keterangan bahawa suaminya telah membelikan untuk anak lelaki mereka senjata itu hanya beberapa hari sebelum serangan sebagai hadiah awal untuk Krismas, dan dia telah membawa anak lelakinya ke sebuah padang tembak pada keesokan harinya.

Dia menyatakan suaminya telah bertanggun­gjawab untuk menyimpan senjata itu di rumah mereka, dan ia adalah untuk anak lelakinya “gunakan ketika di padang tembak sahaja”.

Crumbley memberitah­u juri dia tidak pernah mempunyai sebarang perbincang­an dengan guru-guru anak lelakinya mengenai isu-isu disiplin walaupun sering gagal untuk menyerahka­n tugasan sekolahnya dan masalah grednya yang kurang baik.

Dia memberitah­u Ethan telah bimbang mengenai apa yang dia akan lakukan selepas sekolah tinggi “namun tidak sehingga ke peringkat di mana saya merasakan dia perlu untuk menemui seorang pakar psikiatrik atau pakar kesihatan mental.”

Ditanya mengenai hubungan mereka, Crumbley berkata: “Saya fikir kami adalah sangat rapat. Kami akan berbual-bual. Kami melakukan banyak benda bersama-sama. Saya mempercaya­i dia dan saya merasakan seperti saya mempunyai sebuah pintu terbuka dan dia boleh datang kepada saya bagi apa-apa pun.”

Dia menyatakan dia tidak pernah mempunyai sebarang sebab untuk mempercaya­i anak lelakinya berkemampu­n untuk melakukan satu tindakan kejam.

“Sebagai ibu bapa, anda menghabisk­an seluruh hidup kamu cuba untuk melindungi anak anda daripada bahaya yang lain,” kata Crumbley. “Anda tidak akan pernah memikirkan anda perlu untuk melindungi anak anda daripada membahayak­an orang lain.”

“Itu adalah perkara yang paling sukar yang saya terima, bahawa anak saya mencederak­an orang lain,” katanya, “Sebaliknya saya berharap dia telah membunuh kami.”

Ketika kejadian tembakan di sekolah yang dilakukan oleh remaja telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat AS, ia adalah tidak dijangkaka­n bagi ibu bapa untuk berdepan dengan dakwaan.

Pasangan Crumbley telah diarahkan ke sekolah pada hari kejadian tembakan selepas seorang guru “terkejut” dengan satu lukisan yang beliau temui di atas meja Ethan.

Ibu bapa tersebut telah ditunjukka­n lukisan itu dan mereka dinasihatk­an untuk membawa remaja lelaki itu untuk kaunseling. Mereka dikatakan menolak membawa anak lelaki mereka pulang dan dia kembali ke kelasnya.

Dia kemudian memasuki sebuah tandas, keluar dengan senjata yang telah disembunyi­kan dalam beg sandangnya dan melepaskan lebih 30 das tembakan.

Bapa kepada seorang lelaki Illinois dituduh membunuh tujuh orang pada Julai 2022 mengaku bersalah pada November untuk tuduhan kesalahan kecil bagi “sikap cuai” kerana membantu anak lelakinya mendapatka­n raifal serangan yang telah digunakan dalam kejadian tembakan beramai-ramai.

Pensabitan bagi pembunuhan tanpa niat membawa kepada hukuman maksimum penjara selama 15 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia