Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton akan tinggalkan Mercedes hujung musim ini

Juara dunia tujuh kali dari Britain itu buat pertukaran mengejut dengan menyatakan akan menyertai pasukan Ferrari

- — AFP

PARIS: Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton membuat pertukaran mengejut kepada Ferrari tahun depan, selepas Mercedes mengumumka­n semalam bahawa dia akan meninggalk­an pasukan itu pada penghujung musim 2024.

Saya telah melalui 11 tahun yang menakjubka­n bersama pasukan ini dan saya sangat berbangga dengan semua yang telah kami capai bersama. Mercedes telah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak saya berumur 13 tahun. Ia tempat di mana saya telah membesar, jadi membuat keputusan untuk pergi adalah salah satu keputusan paling sukar yang pernah saya buat.

“Lewis telah mengaktifk­an pilihan pelepasan dalam kontrak yang diumumkan Ogos lalu dan musim ini akan menjadi pemanduan terakhirny­a untuk Silver Arrows,” kata Mercedes dalam satu kenyataan.

“Saya telah melalui 11 tahun yang menakjubka­n bersama pasukan ini dan saya sangat berbangga dengan semua yang telah kami capai bersama. Mercedes telah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak saya berumur 13 tahun. Ia tempat di mana saya telah membesar, jadi membuat keputusan untuk pergi adalah salah satu keputusan paling sukar yang pernah saya buat,” kata Hamilton.

“Tetapi inilah masa yang sesuai untuk saya mengambil langkah ini dan saya teruja untuk menyahut cabaran baharu.”

Ferrari kemudianny­a mengesahka­n ketibaan pelumba Britain berusia 39 tahun itu, yang akan menjadi rakan kongsi pemandu mereka Charles Leclerc, menurut beberapa laporan di Britain dan Itali.

“Ferrari dengan sukacitany­a

Lewis Hamilton Pemandu pasukan Mercedes

mengumumka­n bahawa Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada 2025, dengan kontrak beberapa tahun,” kata pasukan Itali itu dalam satu kenyataan.

BBC melaporkan bahawa kakitangan pasukan Mercedes telah dipanggil untuk mengadakan pertemuan dengan ketua Toto Wolff di ibu pejabat UK pada hari Khamis

untuk diberitahu bahawa Hamilton akan pergi pada penghujung musim 2024 dan menuju ke salah satu pasukan Formula Satu yang paling terkenal.

Perpindaha­n ke Ferrari menimbulka­n kemarahan kerana Hamilton telah menandatan­gani kontrak dua tahun dengan pasukan semasanya, Mercedes untuk musim

2024 dan 2025, tetapi perjanjian itu mengandung­i klausa yang membenarka­nnya pergi selepas satu musim.

Beberapa laporan mengatakan perjanjian Hamilton dengan Ferrari telah dilengkapk­an secara tergesa-gesa ketika pasukan itu sedang berbincang kontrak pelanjutan dengan pemandu Sepanyol Carlos Sainz, yang perjanjian­nya

tamat pada akhir musim ini.

Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirny­a pada 2020 tetapi tewas dalam kejuaraan 2021 dengan cara kontrovers­i kepada Max Verstappen apabila pegawai perlumbaan itu mengabaika­n peraturan keselamata­n di Abu Dhabi, lantas menghalang laluan pemandu Britain itu untuk memenangi kedua-dua grand prix dan kejuaraan itu.

Pemandu Red Bull dari Belanda itu, yang 13 tahun lebih muda daripada Hamilton, telah mendominas­i F1 sejak itu.

Hamilton menduduki tempat keenam dalam kedudukan pemandu pada 2022 dan ketiga pada 2023.

Ferrari, yang mengaku telah mengadakan perbincang­an dengan Hamilton pada 2019 tentang menyertai mereka pada masa hadapan, enggan mengulas mengenai laporan bahawa mereka sedang merundingk­an pertukaran untuk musim 2025.

Hamilton tidak pernah menyembuny­ikan kemarahann­ya pada insiden 2021 di Abu Dhabi, percaya gelaran kelapan telah dirompak daripadany­a, yang akan meletakkan­nya di hadapan legenda Ferrari, Michael Schumacher.

Dalam dua tahun kebelakang­an ini, dia telah menjelaska­n kekecewaan­nya dengan prestasi kereta Mercedesny­a dan mungkin percaya perpindaha­n ke Ferrari akan membolehka­n dia menghidupk­an semula cabarannya untuk gelaran mencipta sejarah sukar itu.

Bagaimanap­un, Ferrari juga mengalami prestasi lemah dalam beberapa musim lalu walaupun mereka nampaknya mendapatka­n semula momentum menjelang akhir musim lalu.

Itu menghalang Mercedes daripada menewaskan mereka di tempat kedua, di belakang Red Bull dalam gelaran pembina.

 ?? — Gambar AFP ?? KEPUTUSAN MUKTAMAD: Gambar fail yang bertarikh 1 Februari 2015 ini menunjukka­n Hamilton bergambar dengan jenteranya menjelang sesi ujian masa di Litar Jerez.
— Gambar AFP KEPUTUSAN MUKTAMAD: Gambar fail yang bertarikh 1 Februari 2015 ini menunjukka­n Hamilton bergambar dengan jenteranya menjelang sesi ujian masa di Litar Jerez.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia