Utusan Borneo (Sarawak)

Mainoo selamatkan tiga mata Man Utd

Bintang muda Man Utd itu jaringkan gol kemenangan pada minit akhir pada aksi EPL menentang Wolves di Stadium Molineux

- — AFP

LONDON: Kobbie Mainoo menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-97 ketika Manchester United merampas kemenangan dramatik 4-3 ke atas Wolves kelmarin selepas membazirka­n kelebihan dua gol.

Kepulangan Marcus Rashford membawa gol, beberapa hari selepas didenda kerana tidak berlatih selepas keluar malam, nampaknya bakal menjadi tajuk utama ketika United mendahului 2-0.

Scott McTominay memulihkan kelebihan dua gol pelawat selepas penalti Pablo Sarabia untuk Wolves.

Pasukan tuan rumah kelihatan seperti memiliki satu mata apabila Max Kilman dan Pedro Neto menjaringk­an gol lewat.

Bagaimanap­un, Mainoo pemain 18 tahun memberikan satu sentuhan terakhir dengan larian solo yang cemerlang dan menjaringk­an gol, mempersemb­ahkan potensinya sebagai bintang.

“Dia membuat kemajuan yang luar biasa. Dia mempunyai kebolehan yang hebat,” kata pengurus United, Erik ten Hag.

“Dia pemain tengah yang moden, dia boleh menyerang dan bertahan. Dia mempunyai kecerdasan untuk melakukan kedua-duanya dan ketahanan fizikal.”

Rashford terlepas kemenangan 4-2 United dalam Piala FA di Newport County pada Ahad selepas dia menghabisk­an dua malam di kelab malam Belfast minggu lalu.

Ten Hag menegaskan sebelum perlawanan bermula bahawa “kes sudah ditutup” selepas perkara itu ditangani secara dalaman.

Rashford dilaporkan didenda 650,000 pound - bersamaan dengan gaji dua minggu.

Tetapi pemain antarabang­sa England itu memberi impak segera apabila dia kembali, menampilka­n permulaan yang sempurna kepada

pelawat selepas lima minit dengan penyudahan cantik dari luar kotak penalti.

Rasmus Hojlund kemudian menjaringk­an gol ketiganya dalam empat perlawanan Liga Perdana menerusi hantaran lintang Luke Shaw ketika anak buah Ten Hag menghasilk­an 45 minit terbaik musim ini.

Jurulatih Belanda itu menjelaska­n bahawa prestasi buruk pasukannya musim ini

adalah akibat krisis kecederaan dan Red Devils bertambah baik dengan kepulangan Shaw, Lisandro Martinez dan Casemiro yang semuanya kembali dalam pasukan selepas beberapa bulan.

Wolves telah menewaskan Manchester City, Tottenham dan Chelsea di laman sendiri musim ini dan telah kembali ke perlawanan pada separuh masa kedua.

Casemiro, yang memulakan

perlawanan Liga Perdana pertamanya sejak Oktober, dihukum kerana mengasari Neto dan Sarabia menyempurn­akan sepakan penalti.

McTominay kemudian menggantik­an Casemiro dan menjaringk­an gol dengan sentuhan pertamanya. Pemain antarabang­sa Scotland itu menanduk masuk tendangan sudut Bruno Fernandes.

Kilman menyumbat satu lagi gol untuk Wolves dari

sepakan sudut dan pada minit ke-95 Neto merembat masuk melepasi Andre Onana.

Mainoo, bagaimanap­un, menghasilk­an detik keajaiban untuk memastikan kemenangan liga pertama United di tempat lawan sejak November.

Anak buah Ten Hag boleh masuk ke kelompok enam teratas pada hari Ahad apabila mereka melayan kunjungan West Ham selepas

The Hammers diikat 1-1 di tempat sendiri menentang Bournemout­h.

“Ia pencapaian besar untuk menang menang. Perlawanan ini mempunyai banyak cabaran,” tambah Ten Hag.

“Kami bermain dengan sangat baik dan menguasai permainan selama sejam. Kami sepatutnya menjadikan kedudukan 4-0, kami tidak melakukann­ya dan akhirnya cara kami melepaskan gol agak naif. Kami kemudian menunjukka­n ketabahan, terutamany­a Kobbie Mainoo.”

“Dia membuat kemajuan yang luar biasa. Dia mempunyai kebolehan yang ” hebat. Erik ten Hag Pengurus Man United

 ?? — Gambar AFP ?? AKS HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Manchester Utd yang berlangsun­g di Stadium Molineux di Wolverhamp­ton.
— Gambar AFP AKS HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Manchester Utd yang berlangsun­g di Stadium Molineux di Wolverhamp­ton.
 ?? ?? TEN HAG
TEN HAG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia