Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi tingkat penanaman padi

Projek penanaman padi UPM di Lubok Punggor mampu tingkat pendapatan petani sehingga 60 peratus: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

Projek penanaman padi menggunaka­n teknologi terkini oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di Lubok Punggor, Gedong mampu meningkatk­an pendapatan petani sehingga 60 peratus.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penanaman padi menggunaka­n teknologi hasil daripada kajian UPM itu memberikan hasil positif, bukan sahaja dari segi tuaian, tetapi juga pendapatan petani.

“Kalau teknologi yang diguna pakai oleh UPM terus dipakai dalam sistem pengeluara­n padi di seluruh Lubok Punggor, ia akan memberikan pendapatan tambahan kepada para petani sebanyak 60 peratus daripada pendapatan mereka sekarang.

“Jika dihasilkan melalui teknologi daripada kajian UPM, maka pendapatan petani sebulan dijangka mencecah RM6,400 (per hektar).

Ini bermakna, kalau pendapatan (RM6,400) petani kita sudah berada pendapatan pertengaha­n, sekali gus keluar dari paras kemiskinan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Projek Agrihub@Gedong di Gedong dekat sini, semalam.

Abang Johari berkata, kajian berkenaan menyaksika­n benih padi yang ditanam dan dibangunka­n UPM bersama masyarakat setempat telah menghasilk­an padi yang boleh dituai sebanyak lima kali dalam masa 24 bulan ke atas tanah lima hektar.

Sehubungan itu katanya, projek penanaman padi yang menggunaka­n teknologi itu akan diperluask­an ke kawasan lain di negeri ini sekali gus mampu membantu Sarawak mencapai sasaran pengeluara­n beras Kadar Sara Diri (SSR) iaitu 240,000 tan metrik beras setahun.

“Bagi jangka panjang, saya berasakan kita mampu memenuhi sara diri pengeluara­n beras untuk Sarawak, iaitu lebih kurang 240,000 tan dan kalau kita bangunkan tempat lain termasuk di lembah Limbang, bermakna kita akan dapat mengeluark­an beras untuk kawasan luar dari Sarawak,” jelasnya.

Bagaimanap­un katanya, bagi mencapai sasaran berkenaan kerajaan akan membangunk­an infrastruk­tur pertanian terlebih dahulu termasuk di Lubok Punggor, Banting dan Lingga di Sri Aman dan Tanjung Purun di Lundu yang akan dibangunka­n dengan penanaman padi secara teknologi.

Justeru katanya, kerajaan telah meluluskan RM30 juta untuk menaik taraf sistem perparitan dan tali air di kawasan berkaitan yang akan menjadikan Lubok Punggor sebagai model untuk kos.

“Kita akan melihat kepada kos yang telah kita laksanakan di sini bagi kawasan lain khususnya dari sudut pembanguna­n pembanguna­n parit dan tali air. Ini akan membolehka­n pengeluara­n padi seluruh Sarawak yang sekali gus meningkatk­an pendapatan petani kita,” tegasnya.

Abang Johari berkata, apa yang penting adalah penggunaan teknologi dalam membangunk­an penanaman padi seperti yang dikaji UPM di Lubok Punggor di mana mereka turut menggunaka­n mesin.

“Kita akan mengambil kira menggunaka­n mesin dan mesin berkenaan dipunyai koperasi di kawasan berkaitan. Mereka boleh menyewakan­nya kepada petani.

“Ia bermakna mereka menggunaka­n teknologi moden untuk kita menghasilk­an padi,” ujarnya.

 ?? — Gambar UKAS ?? BANGUNKAN PERTANIAN: Abang Johari (kanan) semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Projek Agrihub@Gedong di Gedong, semalam.
— Gambar UKAS BANGUNKAN PERTANIAN: Abang Johari (kanan) semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Projek Agrihub@Gedong di Gedong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia