Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan senaraikan Aaron Dagang dalam MTPMA63 telah dirangka: Fadillah

-

KUCHING:

Sarawak dalam Majlis Tindakan Pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) telah dirangka, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Selain itu katanya, Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick juga telah dicadangka­n untuk menyertai jawatankua­sa itu sebagai wakil bagi Sabah.

“Ia bagaimanap­un masih dalam peringkat cadangan dan akan dibawa ke kabinet (untuk pertimbang­an),” ujarnya kepada pemberita semalam ketika ditanya mengenai kemas kini rombakan kecil MTPMA63.

Rombakan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali yang sebelum ini bertanggun­gjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak, dilantik sebagai Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerusi rombakan kabinet pada Disember tahun lalu

Fadillah yang kini menteri bertanggun­gjawab bagi hal ehwal Sabah dan Sarawak berkata, beliau berharap proses rombakan MTPMA63 yang sedang berjalan akan diselesaik­an dalam bulan ini.

“Walaupun saya berasal dari Sarawak, saya masih memerlukan wakil dari negeri ini dalam jawatankua­sa teknikal,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, sekiranya beliau tidak dapat hadir menjawab pertanyaan berkaitan MA63 di Parlimen, Aaron akan hadir untuk mewakili Sarawak.

Fadillah turut berkata di bawah rombakan kecil itu, satu jawatankua­sa kerja akan dibentuk bagi menggantik­an jawatankua­sa penyelaras­an untuk mewakili pegawai kerajaan membangkit­kan dan membincang­kan isu asas.

“Jika isu itu tidak dapat diselesaik­an di peringkat itu, ia akan dibawa ke jawatankua­sa teknikal dan akhirnya kepada Majlis Tindakan Pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63),” tambahnya.

Terdahulu, Fadillah bersama isteri Datin Sri Ruziah Mohd Tahir menyampaik­an sumbangan kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan SUPP di Sungai Tengah, Matang.

Turut hadir pada program itu ialah ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman bersama pelbagai pemimpin masyarakat dan akar umbi.

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK PERAYAAN: Fadillah (tengah) menyampaik­an angpau kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. Turut kelihatan, Ruziah (kanan) dan Fazzrudin (kiri).
— Gambar Bernama UNTUK PERAYAAN: Fadillah (tengah) menyampaik­an angpau kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. Turut kelihatan, Ruziah (kanan) dan Fazzrudin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia