Utusan Borneo (Sarawak)

Maritim Malaysia rampas enam bot bawa kayu tanpa permit

-

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) rampas enam bot sarat dengan muatan kayu bergergaji dan kayu bakau yang dipercayai diperoleh secara haram.

Semua bot berkenaan dita- han di kawasan Hutan Simpan Selatan Pulau Timbun Mata dan Timur Laut Tanjung Tabu-Tabu, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, pihaknya yang menjalanka­n penugasan Op Pluto Timur mengesan semua bot berkenaan dalam mencurigak­an di pesisir pulau berkenaan.

Katanya, ketika dihampiri untuk pemeriksaa­n lanjut, tekong bersama awak-awak nekad bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan terdekat.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas semua bot mendapati kira-kira 40 batang kayu bergergaji dan

60 batang pokok kayu bakau yang siap dipotong ditinggalk­an di dalam bot terbabit.

“Semua kayu-kayu yang dirampas itu dipercayai diperolehi secara haram dan tanpa permit,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, semua barang rampasan yang dianggarka­n lebihRM30,000dibawak­ePangkalan Maritim Zon Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kayu dan bot berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah daerah Semporna untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut

Enakmen Perhutanan Sabah 1968 iaitu melakukan kesalahan membawa hasil hutan tanpa permit yang sah,” katanya.

Amir berkata, Zon Maritim Semporna akan terus meningkatk­an rondaan serta penguatkua­saan dari semasa ke semasa bagi mengekang pelanggara­n undang-undang dan jenayah.

“Orang ramai terutamany­a komuniti maritim diminta menyalurka­n maklumat dan aduan berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Antara kayu bakau yang berjaya dirampas dalam operasi berkenaan.
RAMPAS: Antara kayu bakau yang berjaya dirampas dalam operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia