Utusan Borneo (Sarawak)

Kes kemalangan maut masih membimbang­kan

Penunggang motosikal catat peratusan tertinggi kemalangan maut dengan 4,480 kes sepanjang 2023

- Oleh Mastura Ismail

Bila musim cuti ini, kita menyeru kepada rakyat kita supaya berhati-hati di jalan raya, untuk pulang dan kembali dengan selamat, bersama ahli keluarga.

LIMBANG: Kadar kes kemalangan maut di Malaysia masih berada pada tahap membimbang­kan dengan merekodkan sebanyak 6,433 kes di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah berkata, daripada jumlah itu penunggang motosikal mencatat peratusan tertinggi kemalangan maut yang berlaku di negara ini dengan 4,480 kes sepanjang tahun lepas.

“Kadar nahas jalan raya berada di tahap membimbang­kan dan pelbagai inisiatif dilaksanak­an pihak kementeria­n termasuk kempen keselamata­n, pendidikan dan advokasi mengurangk­an jumlah kemalangan.

“Jumlah kemalangan maut seperti data yang diperolehi

daripada Polis Diraja Malaysia adalah 6,433 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 4,480 membabitka­n penunggang motosikal,” ujarnya

pada sidang media selepas Majlis Penutupan Program Bantuan MyLesen Kelas B2 bagi Parlimen Limbang di Dewan Suarah Limbang, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Ketua Pengarah Pengangkut­an Jalan Malaysia Datuk Rospiagos Taha, Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili, wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan Ketua Cawangan JPJ Limbang Abang Aien Abang Bolhil.

Sehubungan itu, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang menasihati pengguna jalan raya supaya mementingk­an keselamata­n dengan berhati-hati memandu ke destinasi masingmasi­ng sempena sambutan dan cuti Tahun Baharu Cina ini.

“Bila musim cuti ini, kita menyeru kepada rakyat kita supaya berhati-hati di jalan raya, untuk pulang dan kembali dengan selamat, bersama ahli keluarga.

“Jadi ini harapan kita supaya mereka berhati-hati di jalan raya, jagalah keselamata­n diri dan keluarga dan juga keselamata­n orang lain,” katanya lagi.

Seramai 944 calon peserta Program Bantuan MyLesen (Kelas B2) Peringkat Parlimen Limbang terlibat pada program itu.

Inisiatif itu mula dilaksanak­an bermula 19 Ogos tahun lalu dan selesai pada 9 Disember tahun sama melibatkan kerjasama antara JPJ Cawangan Limbang, Pejabat Ahli Pusat Khidmat Parlimen Limbang, Pejabat Residen Limbang, Pejabat Daerah Limbang dan Institut Memandu Savi Trans Sdn Bhd.

Pemilikan lesen memandu Kelas B2 akan memberi manfaat kepada masyarakat di daerah Limbang untuk memudahkan pergerakan mencari peluang-peluang limpahan ekonomi setempat seterusnya meningkatk­an pendapatan isi rumah.

Datuk Hasbi Habibollah Timbalan Menteri Pengangkut­an

 ?? ?? MANFAATKAN SEBAIKNYA: Hasbi (empat kiri) menyampaik­an replika lesen Kelas B2 kepada peserta termuda lelaki pada majlis tersebut. Turut kelihatan Hamidah, Paulus dan Rospiagos.
MANFAATKAN SEBAIKNYA: Hasbi (empat kiri) menyampaik­an replika lesen Kelas B2 kepada peserta termuda lelaki pada majlis tersebut. Turut kelihatan Hamidah, Paulus dan Rospiagos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia