Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kanak-kanak ditemui lemas ketika mandi sungai

-

Dua kanakkanak yang melakukan aktiviti mandi di sungai Kampung Tabanak, di sini, meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa berusia 11 tahun ditemui oleh ahli keluargany­a dalam jarak 30 meter dari lokasi kejadian pada jam 11.32 pagi semalam

Manakala seorang lagi mangsa berusia 11 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira 4 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.39 petang, pada Jumaat.

Katanya, seramai lapan ang

gota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi turut dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan

Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumka­n terdapat dua orang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, seorang daripada kanak-kanak terbabit ditemui masih bernyawa pada hari kejadian, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu kira-kira jam 4 pagi tadi.

“Seorang lagi mangsa ditemui oleh ahli keluargany­a pada jam 11.30 pagi kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sebelum operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari,” katanya.

 ?? ?? MAUT: Mangsa kedua ditemui lemas oleh ahli keluargany­a pada jarak 30 meter dari lokasi kejadian.
MAUT: Mangsa kedua ditemui lemas oleh ahli keluargany­a pada jarak 30 meter dari lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia