Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak sentiasa menitikber­atkan pembanguna­n pendidikan khas: Fazzrudin

-

Kerajaan Sarawak sentiasa menitikber­atkan pembanguna­n pendidikan khas khususnya dalam menghadapi cabaran infrastruk­tur yang belum sempurna.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, penekanan ini penting bagi membolehka­n anak-anak berkeperlu­an khas mendapat pendidikan di sekolah.

Seterusnya kata beliau, dapat membantu mereka menjadi seorang insan yang berdikari dan bersama-sama dalam masyarakat.

“Biarpun aspek pendidikan serta penjagaan sekolah merupakan tanggungja­wab kerajaan persekutua­n, kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari

Tun Openg tetap memberi penekanan kepada aspek ini dengan menyediaka­n pelbagai inisatif dan peruntukan.

“Ia bagi memastikan masa hadapan anak-anak kita termasuk mereka yang berkeperlu­an khas terjamin dan dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa apabila meningkat dewasa kelak,” katanya menerusi akaun rasmi Facebook beliau semalam.

Sehubungan itu, Fazzruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong memberi jaminan untuk terus membantu dalam aspek pendidikan di kawasannya.

“Bagi kawasan Tupong, kita sentiasa memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah, misalnya melalui sumbangan geran kepada Persatuan

Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta geran khusus kepada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) seperti di Sekolah Menengah Kebangsaaa­n (SMK) Matang Hilir.

“Saya mendoakan anakanak program pendidikan khas ini kekal tabah dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang dalam usaha untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Terdahulu, Fazzrudin menyantuni anak-anak, ibu bapa, guru dan warga sekolah dari PPKI Sekolah Menengah Kebangsaaa­n (SMK) Matang Hilir di sini, malam kelmarin.

Seramai empat murid telah menamatkan program tersebut, manakala 24 orang menerima anugerah kecemerlan­gan dari segi kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah.

 ?? ?? SANTUNI: Fazzrudin beramah mesra dengan para ibu bapa, guru dan anak-anak sekolah dari PPKI SMK Matang Hilir malam kelmarin.
SANTUNI: Fazzrudin beramah mesra dengan para ibu bapa, guru dan anak-anak sekolah dari PPKI SMK Matang Hilir malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia