Utusan Borneo (Sarawak)

BBP baharu akan dibina di Batu Kawa dan Kota Sentosa: Dr Sim

-

Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu akan dibina di negeri ini masing-masing di Batu Kawa dan Kota Sentosa bagi meningkatk­an lagi liputan khidmat kebombaan dan penyelamat­an.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, BBP baharu di Batu Kawa ini akan dibangunka­n di lokasi antara kawasan Batu Kawa dan Malihah.

“Kawasan ini membangun dengan pesat dan sangat perlukan fasiliti BBP ini selain masalah kesesakan trafik.

“Justeru, saya berterima kasih kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Nga Kor Ming kerana meluluskan BBP baharu di Batu Kawa ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Chung Hua Batu Kawa di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Datu Khirudin Drahman berkata selain BBP Batu Kawa, sebuah lagi BBP baharu juga akan dibangunka­n di Kota Sentosa.

Bagi BBP Batu Kawa katanya, lokasinya sudah dikenal pasti dan sekarang dalam proses perancanga­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Bila akan dilaksanak­an, mungkin dalam tahun ini atau depan bergantung kepada peruntukan yang ada daripada kerajaan pusat. Kos saya tidak dapat nyatakan kerana ada kajian semula dibuat dan nanti akan diumumkan oleh menteri,” katanya.

Dengan pembinaan dua lagi BBP baharu ini nanti, Sarawak

akan mempunyai 41 BBP.

“Secara idealnya, sebanyak 66 BBP diperlukan di Sarawak dan sekarang kita ada 39 BBP. Tetapi berdasarka­n rekod, jumlah yang ada sekarang mencukupi dan kita akan terus menambah baik perkhidmat­an kita seiring dengan pembanguna­n negeri,” katanya.

 ?? ?? RASMI: Dr Sim dan Khirudin melakukan simbolik perasmian Kempen Keselamata­n Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Chung Hua Batu Kawa, semalam.
RASMI: Dr Sim dan Khirudin melakukan simbolik perasmian Kempen Keselamata­n Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Chung Hua Batu Kawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia